Famili

[VIDEO] Ayah Ajar Anak Perempuan Surfing Dipuji Ramai, Dapat Tontonan 1 Juta!

2.8K
SHARES

Bila melalui proses membesar, banyak perkara yang mak ayah dedahkan kepada anak-anak. Antaranya adalah untuk mencungkil bakat anak-anak secara positif. Begitu juga dengan perkongsian video yang viral di Tiktok ini apabila ayah ini melatih anak-anak perempuannya mahir dalam aktiviti air seperti surfing sejak usia muda. Memang hebat!

Baca juga: Remaja Usia 17 Tahun Tabah Urus Lima Adik Selepas Mak Ayah Meninggal

VIDEO AYAH AJAR ANAK SURFING DAPAT PUJIAN RAMAI

Terdapat satu perkongsian video di laman Tiktok yang memaparkan seorang ayah dan kanak-kanak perempuan yang tengah ‘surfing’ di laut. Video ini memukau orang ramai kerana kanak-kanak tersebut baru sahaja berusia 5 tahun dan sudah mahir dengan aktiviti air di laut!

Video yang mendapat tontonan melebihi 1 juta ini juga menyentuh hati orang ramai apabila melihat kecekalan kanak-kanak bernama Ulya yang dididik oleh ayahnya sendiri untuk mahir surfing. Bukan itu sahaja, ayat yang dituturkan oleh ayahnya supaya jangan takut memberikan semangat lagi untuk dia teruskan dengan aktiviti air tersebut.

Bukan itu sahaja, selain Ulya, seorang lagi anaknya bersama Aula juga mempunyai kemahiran yang sama dalam aktiviti air ini. Perkongsian video memaparkan Aulia begitu cekap berdiri di atas papan surfing mengawal keseimbangan di atas ombak begitu membanggakan sekali!

“JANGAN TAKUT, AYAH ADA”

Menjengah ke ruangan komen, sudah pasti ramai dalam kalangan warganet yang memuji kehebatan anak-anak ini dan mengucapkan tahniah kepada si ayah. Bukan tu sahaja, ramai juga yang turut memuji bahawa walaupun masih kecil, penampilan menjaga aurat kanak-kanak tersebut turut dijaga.

Sumber: TikTok @idrismustaffa

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×