Rakyat

Remaja Usia 17 Tahun Tabah Urus Lima Adik Selepas Mak Ayah Meninggal

43.9K
SHARES

Nampaknya sesi persekolahan yang bermula hari ini amat ber­makna buat seorang pelajar pe­rem­puan, Nurallesyah Balqis Mohd. Azman, 17, apabila ter­paksa me­ngambil alih tanggung­jawab sebagai ibu dan bapa. Hal ini kerana gadis ini perlu me­­nguruskan keperluan perseko­lahan lima adik­nya dan seorang lagi yang berusia empat tahun.

Baca juga: Anak Nombor 2 Paling Banyak Buat Mak Ayah Mengucap!

REMAJA USIA 17 TAHUN TABAH URUS LIMA ADIK SELEPAS MAK AYAH MENINGGAL

Sumber: Utusan Malaysia

Menurut laporan Utusan Malaysia, tugas menjaga enam adiknya itu kini digalas oleh Nurallesyah Balqis selepas ibunya, Noor Suidah Omar, 43, meninggal dunia akibat pelbagai penyakit seperti darah tinggi, kencing manis dan buah pinggang pada 21 Jun 2019.

Bapanya, Mohd. Azman Tabri, 42, pula meninggal dunia pada Ogos 2019 selepas menjalani pembedahan bisul akibat jangkitan kuman.

Tinggal di Teluk Intan, Perak, ini sudah menjadi rutin hariannya menyediakan keperluan persekolahan adik-adik semasa sesi persekolahan biasa sebelum ini.

“Apabila sekolah dibuka se­mula hari ini, saya akan pastikan mereka benar-benar bersedia dan lengkap semuanya untuk ke sekolah. Selain memastikan pakaian seragam sekolah, saya juga menyediakan sarapan untuk mereka. Saya puas dapat melihat adik-adik saya ke sekolah dengan sempurna,” katanya.

Lima adiknya yang masih bersekolah ialah Nur Alleyana Darwina, 14; Nurallesyazwani Sofea, 12; Nurallyqalesyah Damia, 10; Nurallyfarisyah Najwa, 8, dan Nurallyshafirah Umairah, 6.

Sementara Muhammad Harraz Erfan, 4, akan dijaga oleh emak dan bapa saudara tatkala Nurallesyah Balqis dan lima adiknya pergi sekolah.

Menurut Nurallesyah Balqis, sejak ibu bapanya meninggal dunia, mereka dijaga oleh emak dan bapa saudaranya. Katanya, emak dan bapa saudaranya menjadi tempat dia dan enam adiknya menumpang kasih sayang, mengadu masalah malah makan pakai serta didikan agama juga turut dijaga.

Bapa saudara mereka juga membantu menghantar mereka ke sekolah setiap hari walaupun penat mengusahakan sawah padi di Sungai Manik, dia tidak pernah mengabaikan mereka adik-beradik.

Sementara itu, emak saudara Nurallesyah Balqis, Nazlina Omar, 38, berkata, menjadi tanggungjawabnya dan suami menjaga tujuh beradik itu selepas kematian ibu bapa mereka.

“Saya menjaga mereka seperti anak sendiri, Allah beri kami tujuh anak angkat,” katanya.

Dalam pada itu, Nazlina berharap ada pihak yang dapat membantu untuk menambah ruang di rumahnya untuk keselesaan tujuh beradik itu.

“Rumah ini sempit, tidak selesa untuk mereka buat kerja sekolah. Saya harap ada yang dapat bantu membesarkan bilik atau menambahkan satu lagi bilik untuk keselesaan mereka,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×