Bila sebut sahaja mengenai fakta karakter anak kedua, pasti ramai yang mengatakan bahawa mereka mempunyai perangai yang unik. Anak kedua juga sering dikatakan mudah mengalah kerana mereka perlu hormat kepada abang dan juga kakak serta adik adik. Ada juga yang mengatakan karakter anak kedua ini juga penuh misteri, betul ke?
Disebabkan anak kedua merupakan anak tengah secara tidak langsung ia harus beralah kepada kakak, abang dan adiknya. Maka tidak hairanlah anak sering bersikap terbuka, berlapang dada dan mengalah dalam segala hal. Tapi, tak dilupakan juga bahawa anak kedua yang paling banyak buat mak ayah mengucap!
Baca juga: Seronok Boleh Jadi Tragedi, Mak Ayah Yang Sewa Taman Tema Mini Air Kena Hati-Hati!
Anak nombor 2 paling banyak buat kita mengucap!
Anak paling kuat melasak, paling kuat memanjat, paling kuat terjah badan kita dan paling kuat keras kepalanya. Kita marah ke, garang ke, dia tak heran pun. Muka selambe tak tahu takut orang.
Memang, biasanya anak nombor 2 ni la paling lasak, paling gasak dan paling tak makan saman. Anak-anak lain pun ada je, tapi yang nombor 2 paling selalu buat kita mengucap. Astaghfirullah al azim…
Cuma satu la, kadang bila dah terlalu lasak dan gasak ni kadang dia boleh lampaui batas juga. Sayang sayang juga tapi soal adab kita kena juga titik beratkan tau. Terutama adab terhadap ibu dan ayahnya. Mana-mana tingkahlaku yang huduh sangat tu terus instant remove, jangan tangguh-tangguh.
Kalau nampak dia buat begini pada ibu & ayahnya :
– cepat memukul
– suka tinggi suara
– selalu marah-marah
– menyampuk ketika bercakap
– melawan cakap
Cepat-cepat larang dan lentur sebelum menjadi parah. Umur 0-3 tahun ni fasa paling senang nak lentur, menjelang 4 tahun payah sikit dah sebab dia dah pandai auta sikit-sikit.
Anak nombor 2 paling banyak buat kita mengucap tapi kalau dia tidur atau pergi sekolah kita pula yang rasa bosan. Huh! Wallahu A’lam.
Sumber: Mohd Fhais Salim