Kini Trending

Akibat Tidur Dalam Kelas, Guru Siram Air Ke Kepala Pelajar

10
SHARES

Momen seorang guru wanita bertindak menyiram seorang pelajar perempuan yang meletakkan kepalanya di atas meja seperti sedang tidur ketika menulis, tular di media sosial Indonesia. Menerusi video yang dimuat naik akaun Instagram @fakta.indo, kejadian ini dikatakan berlaku di wilayah Kalimantan Timur.

Baca juga: “Kesian Anaknya…”- Ibu Dikecam Bawa Bayi 6 Bulan Mendaki, Bahaya Sangat!

AKIBAT TIDUR DALAM KELAS, GURU SIRAM AIR KE KEPALA PELAJAR

Menurut laporan Suara.com, guru tersebut dikatakan menyiram air selepas melihat pelajarnya meletakkan kepalanya di atas meja.

Pelajar berkenaan terkejut lalu dia berhenti menulis sebelum ditegur oleh guru berkenaan. Kelihatan dalam video tersebut, buku nota pelajar itu basah dek kerana terkena air.

“Kenapa awak tidur di sekolah? Kalau nak tidur di rumah, jangan pergi sekolah, belajar di sekolah,” kata cikgu itu.

Setelah pelajar tersebut bangun, guru itu mengangkat buku notanya untuk mengelak daripada terkena air. Walaubagaimanapun, guru wanita itu  mengambil keputusan untuk meminta maaf kepada orang tua pelajar berkenaan.

Susulan daripada kejadian itu, guru berkenaan akan dikenakan tindakan dan video berkenaan sudah tentunya mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

Sumber: Suara.com & Instagram Fakta.Indo

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×