Kini Trending

“Kesian Anaknya…”- Ibu Dikecam Bawa Bayi 6 Bulan Mendaki, Bahaya Sangat!

18
SHARES

Seorang ibu di Indonesia dikecam hebat oleh netizen kerana membawa bayi yang baru sahaja berusia enam bulan mendaki gunung bersama suaminya.

Menerusi video yang dimuat naik semula di laman Instagram, sekumpulan pendaki dilihat sedang berjalan di kawasan pergunungan dipenuhi pokok dan tumbuh-tumbuhan.

Baca juga: Viral Budak Kecil Kena Pakai Pendakap Gigi, Ibu Bapa Dikecam Warganet

IBU DIKECAM BAWA BAYI 6 BULAN MENDAKI, BAHAYA SANGAT!

Pendaki wanita memakai baju berwarna hijau dilihat sedang menggendong bayinya menggunakan kain batik yang diikat di badannya, lapor Berita Hits.

Bayi berkenaan sedang nyenyak tidur dan ibunya berjalan menuruni kawasan pergunungan dipenuhi pokok pine. Kawasan tersebut kelihat sejuk dan dia menyelimutkan anaknnya.

Salah seorang pendaki wanita dilihat menggendong bayinya yang sedang tidur sambil berjalan menuruni kawasan pergunungan dipenuhi pokok pine.

“Duit boleh dicari, bila lagi mahu bawa bayi enam bulan mendaki gunung untuk pertama kali?” tulisnya menerusi video tersebut.

Perkongsian tersebut sudah tentunya mendapat perhatian ramai dan mengecam tindakan pasangan ibu bapa tersebut kerana tidak masuk akal dan merisikokan keselamatan anak kecilnya.

Sumber: Berita Hits

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×