Asuh

Ini Apa First Time Parents Perlu Faham Tentang Vaksin Pneumococcal Untuk Anak

472
SHARES

Penyakit Pneumokokal adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria Streptococcus Pneumoniae, juga dikenali sebagai pneumokokus. Sekalipun ia menjangkiti semua golongan umur, tetapi ia lebih sering menjangkiti kanak-kanak dan warga tua.

Mungkin ramai dalam kalangan ibu bapa terutama sekali ibu bapa yang baru pertama kali mempunyai anak, bahawa mengambil suntikan pneumococcal ini adalah sangat penting untuk mengelakkan jenis-jenis penyakit yang boleh menyerang anak-anak seperti jangkitan paru-paru.

APA FIRST TIME PARENTS PERLU TAHU TENTANG VAKSIN PNEUMOCOCCAL

1. Vaksin ni vaksin tambahan. Vaksin ini tak termasuk dalam vaksin yang diberikan PERCUMA kat anak macam kat klinik kesihatan tu. Kiranya ni bukan vaksin yang kita inject anak bulan-bulan kat klinik kesihatan (KK).

2. Vaksin ni bukan budak-budak sahaja boleh ambil tapi orang dewasa pun boleh terutama yang ada masalah diabetis, paru-paru, jantung, hati atau masalah buah pinggang kronik.

3. Untuk vaksin baby. Ada dua jenis Vaksin Pneumococcall : Synflorix & Previnar 13

(Pastikan doktor swasta terangkan yang kita ambil ni yang mana 1)

4. Untuk apa vaksin ni?

Tujuannya cegah kuman penyakit pneumococcal yang tersebar dari batuk, bersin atau sentuhan cairan (kadang² sentuh tangan berpeluh ke apa) yang boleh menyebabkan :

-Meningitis (infection kat otak & tulang belakang)
-Bacteremia (infection dlm darah)
-Pneumonia (infection paru2)
-Oitis media (infection telinga)

4. Apa kesan penyakit-penyakit ini ?

Kematian, kecacatan & kematian otak.

5. Synflorix cover 10 jenis kuman. Previnar 13 pula cover 13 jenis kuman. Harga berbeza.

Biasanya synflorix murah sikit rate dia dalam 170-180. Kalau previnar ni 250 & ke atas. Ada klinik yg buat promosi . Kena pandai2 cari. Ikut kemampuan.

6. Nak ambil vaksin ni hanya di private clinic. Sebelum inject minta consult dulu. Nanti Dr akan explain berapa kali kena inject and macam mana jadual inject tu & bolehlah tanya apa-apa yang kurang jelas.

Lagi bagus, kalau plan nak ambil tu inform Dr nurse kat KK tu, nanti dorang akan bagi tarikh sesuai untuk pergi private ambil. Dan dorg juga akan bagi tarikh untuk gapkan dengan vaksin wajib tu, biasanya gap 3-4 minggu. Kalau klinik luar tu bagus. Doktor tu sendiri jugak akan tanya untuk gapkan. Ikut doktor jugak.

7. Mana-mana vaksin, tak boleh amik masa anak tengah flu, batuk, demam, ada penyakit kulit atau ada pnyakit apa-apa. Tarikh boleh anjak. Dr akan check condition anak kita dulu and decide boleh ambil vaksin tu atau tidak walaupun anak tengah batuk contohnya. (Kalau ada ambil ubat / antibiotik pon kena inform nurse doktor jgk. Macam Haifaa dulu kalau tak salah ingt kena gap 1 week kot. Boleh double check takut lupa.)

8. Ada kesan ke tak? Bengkak sikit, merah, demam lepas injection tu normal. Tapi pantaulah. Kalau bngkak / merah tu jangan letak benda panas / minyak. Biar & jangan usik. Kalau bngkak sgt anak nangis blh letak ais.

Demam pantau suhu jangan lebih dari 37.5. Kalau badan panas tu sapulah aloe vera gel and demah kepala, badan. Biasanya lepas vaksin ni, kalau 4 bulan ke atas, Dr akan bg ubat demam untuk standby.

9. Umur paling ok nk inject ni :

Baby. Sebaiknya start dari umur 2 bulan smpai 5 tahun. Dos tu nanti ikut umur anak kita.

Jadual pun akan ejas ikut tarikh suntik kat KK jugak. Ada Dr pakar inform boleh inject vaksin wajib dan vaksin tambahan pada hari yang sama.

Bawah 6 bulan : 4 Dos – 4x injection
Atas 6 bulan kurang 1 tahun – 3x injection
Atas 1 tahun kurang 2 tahun – 2x injection
Atas 2 tahun – 1x

Lagi awal inject lagi bagus sebab kadang kita ibubapa ni jumpa macam-macam jenis orang kat luar, terdedah macam-macam. Jadi kita yang bawak kuman ni kat anak kita yang masih lemah imun ni tanpa sedar.

10. Pasni tak adalah demam, batuk segala selepas inject?

Vaksin bukan bagi badan kebal sampai tak ada penyakit langsung. Vaksin ni cegah. Lagi-lagi sekarang ni dengan pendatang segala. Orang pun suka kan pegang, cium baby. Dapatlah elak sedikit sebanyak.. InsyaAllah..

P/S: Kalau 1 st time parents, cuba tanya sesiapa yang tahu mana the best consult klinik di tempat anda. Sebab ada sesetengah doktor consult simple sangat. Tak cakap banyak. Kita kadang tiba-tiba depan doktor jadi tak tahu nak tanya apa sangat. Jadi doktor yang jenis terang details ni sangat membantu dan memuaskan hati kita. Setakat ni kalau di JB, Klinik Pakar Kanak-kanak Lee punya consultation memang the best untuk vaccination.

Sumber : Nur Zaind

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×