Famili

Wanita Hamil Boleh Ambil Vaksin Comirnaty (Pfizer) COVID19 – KKM

41
SHARES
vaksin ibu hamil covid

Ibu hamil boleh mengambil vaksin Comirnaty COVID-19 (Pfizer) seperti yang disyorkan oleh KKM.

Namun, berikut adalah 5 perkara penting yang ibu hamil perlu tahu tentang vaksin ini:

  1. JENIS VAKSIN – Setakat ini, KKM hanya mengesyorkan vaksin COMIRNATY (Pfizer) untuk ibu hamil. Kelayakan pemberian vaksin jenis lain kepada wanita hamil akan dikemaskini dari masa ke semasa.
  2. TUJUAN – Wanita hamil yang dijangkiti COVID19 mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat komplikasi penyakit berbanding wanita yang tidak hamil.
  3. TEMPOH MASA SUNTIKAN – Masa terbaik wanita hamil menerima vaksin adalah semasa kandungan berusia antara 14 hingga 33 minggu bagi membolehkan wanita hamil melengkapkan dos kedua sebelum bersalin.
  4. KEUTAMAAN – Keutamaan diberikan kepada 2 golongan berikut:
    i) Anggota barisan hadapan yang hamil.
    ii) Ibu hamil yang mempunyai masalah perubatan.
  5. KELULUSAN DOKTOR – Ibu hamil yang ingin mendapatkan suntikan vaksin COVID19 ini perlu mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor terlebih dahulu.

vaksin covid19 ibu hamil

Memetik daripada kenyataan terkini Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Adham Baba melalui Kosmo, wanita hamil atau cuba mengandung perlu mendapatkan nasihat lanjut daripada pakar bagi menentukan keperluan mengambil vaksin Covid-19, bersandarkan tahap kesihatan masing-masing.

Baca juga: Wanita 55 Tahun Tiba-tiba Alami ‘Haid’ & Keluar Seketul ‘Isi’, Dr Kata Ini Puncanya

Adham berkata, pihaknya mendapati bagi fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), ada barisan hadapan yang mengandung, menghidapi penyakit tidak berjangkit dan sedang menerima rawaran kanser.

“Bagi wanita hamil, pemberian suntikan vaksin boleh dipertimbangkan sekiranya faedah daripada vaksinasi melebihi apa-apa risiko kepada penerima vaksin dan janin dalam kandungan.”

“Pemberian vaksin kepada ibu mengandung juga boleh dipertimbangkan sekiranya risiko dan pendedahan kepada virus tinggi dan sukar dielakkan,” katanya.

Katanya, bagi ibu menyusu pula, tiada data menunjukkan vaksin yang disuntik akan keluar menerusi susu ibu justeru, vaksin boleh diberikan kepada mereka.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×