Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung, pelbagai bantuan yang dihulur oleh pihak kerajaan. Tidak terkecuali pihak badan bukan kerajaan (NGO) juga memberi bantuan. Bantuan yang dihulur bertujuan untuk membantu golongan golongan yang tidak berkemampuan untuk meneruskan kehidupan seharian sepanjang PKP.
Tetapi, ada juga pihak yang tidak berhati perut yang sanggup mempergunakan kesusahan orang lain demi kepentingan hidup sendiri. Seperti kes yang dikongsi oleh Auni Ameera dilaman facebooknya, dia mendedahkan taktik terbaru pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan terhadap ibubapa yang mempunyai anak kecil, dalam erti kata lain pelaku pedofilia.
Modus Operandi Dilakukan Dengan Menghantar Chat
Pelaku pedofilia ini menggunakan akaun palsu dan juga gambar palsu sebagai taktik untuk mendekati ibu atau mereka yang memerlukan bantuan. Menggunakan nama Yanalee, dia menghantar chat perbualan dengan menawarkan bantuan lampin pakai buang bagi mereka yang layak menerima. Selain itu juga, dia menjanjikan wang bernilai RM80 tetapi dengan syarat harus menghantar gambar kemaluan anak anak kepadanya.
Selain itu, dia menyatakan jikalau kemaluan anak kelihatan merah juga layak mendapat bantuan RM80 beserta cream. Pelaku tersebut juga mengaku bahawa dia adalah salah satu ahli NGO penjagaan kulit yang memberikan bantuan Covid-19 kepada keluarga susah. Tambahnya lagi, bantuan itu diberikan kepada anak anak yang berumur 6 tahun kebawah.
Mengundang Kemarahan Netizen
Perkara ini juga telah mencetuskan kemarahan netizen dengan meninggalkan komen amarah mereka kepada pelaku tersebut.
Sumber : Auni Ameera