Dapur

Ubah Selera Tekak Melayu Dengan 5 Aneka Resipi Masakan India Ini, Ala-Ala Bollywood!

6
SHARES

“Asyik makan masakan Melayu sahaja, nak juga ubah selera kepada masakan lain. Tapi nak masak apa eh?”

Memang betul kata orang yang masakan Melayu tidak pernah membosankan kita. Tambah pula bila masakan tersebut dapat mengimbau memori ketika berada di kampung. Namun, tahukah anda bahawa masakan Melayu juga ada yang seakan sama dengan masakan India? Haa, jadi buat anda yang nak ubah selera dan rasa masakan India yang memang tulen seperti berada di India, jom kita cuba 5 resipi masakan ini!

1. Tandoori Ikan

http://myresipi.com/

Kalau pergi restoran nasi kandar, selalu juga pesan ayam tandoori kan? Bukan sahaja ayam, masakan jenis tandoori juga boleh menggunakan ikan. Bagi anda yang merupakan penggemar ikan tu, boleh lah mencuba resipi ikan tandoori ini dan dimakan bersama nasi panas atau capati. Kalau nak sedap lagi, boleh guna ikan kegemaran anda untuk dijadikan tandoori!

Resipi tandoori ikan : http://myresipi.com/recipes/tandoori-ikan

2. Udang Masala

http://myresipi.com/

Masakan masala ini memang agak sukar untuk dimasak supaya mendapat rasa dan rencah seperti masakan masala di India. Namun, menu udang masala ini memang mendapat permintaan tinggi di restoran nasi kandar atau restoran India. Disebabkan harganya di restoran yang agak mahal, boleh la masak masakan ini di rumah.

Resipi udang masala : http://myresipi.com/recipes/udang-massala

3. Ayam Tandoori Sos Pudina

http://myresipi.com/

Sudah menjadi kegemaran ramai, ayam tandoori ini sudah pastinya menjadi pilihan anda ketika makan di luar. Jadi, apa salahnya kalau kita masak ayam tandoori dan digandinkan bersama sos pudina ini untuk seisi keluarga. Mesti satu keluarga akan puji masakan anda!

Resipi ayam tandoori sos pudina : http://myresipi.com/recipes/ayam-tandoori-sos-pudina

4. Kari Kambing

http://myresipi.com/

Kari kambing yang mempunyai kuah yang pekat dan rasa rempah yang enak adalah amat sukar. Namun, dengan mengikut resipi ini anda pasti akan mendapat masakan kari kambing yang tulen! Sangat sesuai untuk dijadikan lauk untuk majlis, kari kambing yang persis dari India ini pasti akan menjadi kegemaran ramai khususnya anda yang merupakan penggemar daging kambing.

Resipi kari kambing : http://myresipi.com/recipes/kari-kambing

5. Kari Kepala Ikan

http://myresipi.com/

Menu ini adalah antara menu masakan India yang paling terkenal tidak kira dimana jua. Mempunyai persamaan dengan maskaan kari Melayu, kari kepala ikan ala-ala India ini juga disarankan untuk tidak menggunakan santan. Barulah ‘kick’ rasa kari yang dimasak tu. Hidangkan sahaja ketika makan tengahari bersama keluarga, mesti licin!

Resipi kari kepala ikan : http://myresipi.com/recipes/kari-kepala-ikan

*Perut pun dah berkeroncong, boleh la cuba 5 jenis masakan India ini ya!

Sumber: MyResipi.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×