Kini Trending

TV3 Sajikan 2 Program Baharu, Penggemar Genre Seram Kena Tengok

14
SHARES

Bagi anda penggemar genre seram, jangan lupa untuk menonton dua program baharu akan ditayangkan di TV3 iaitu drama bersiri Remang dan juga rancangan majalah Detik 12 Malam.

Drama Remang akan bersiaran menerusi slot tonton Malam Seram setiap Isnin, pukul 11.00 malam manakal Detik 12 Malam pula kembali ke kaca televisyen bermula 5 Ogos, setiap Jumaat, pukul 11.30 malam.

Baca juga: Johan & Fizi Ali Sah Jadi Penyampai Baru Radio Hot FM, Tagline Pun Baharu!

TV3 SAJIKAN 2 PROGRAM BAHARU, PENGGEMAR GENRE SERAM KENA TENGOK

Terbitan Hariff Ahamat dan arahan Khairul Rizam, Remang adalah drama bersiri 12 episod dibarisi pelakon handalan tanah air seperti Syafie Naswip, Azrel Ismail, Emma Maembong, Chacha Maembong, Aween Ismail, Natasha Elyzza dan ramai lagi.

Pelakon-pelakon drama seram terbaharu ini juga mengalami adegan seram sebelum mereka sempat membawakan watak mereka ke kaca televisyen.

Setiap episod memaparkan kisah mendebarkan berbeza yang diterima oleh Ejay (Syafie Naswip), seorang DJ radio yang dihubungi oleh rata-rata pendengar yang ingin berkongsi pengalaman mistik dan ghaib mereka di slot program Remang Malam radio tersebut. Setiap malam Ejay akan mendengarkan perkongsian mereka dengan penuh teliti, dan memberi kata nasihat atau tips yang bersesuaian dengan pengalaman diceritakan. Antara kisah-kisah yang dipaparkan di dalam setiap episod adalah Dendam Saka, Pakcik Tumpang, Botol Puaka dan lain-lain.

Program majalah Detik 12 Malam pula merupakan sebuah program yang cukup sinonim dengan cerita seram dan gelaran pemburu hantu mereka. Kini kembali dengan musim kelima bersama hos Saiful Azmi Jamsari, Detik 12 Malam menemui penonton dengan sedikit kelainan.

Detik 12 Malam bakal menayangkan topik-topik menarik seperti penjaga kubur, galeri pameran lama dan kisah pempengaruh tentang misteri rimba rekreasi dan banglo tinggal lama. Tetamu jemputan juga akan turun padang di lokasi siasatan bagi membuat ujian paranormal. Adakah mereka cukup berani untuk melalui aktiviti paranormal sebegitu?

Jangan lepaskan kompilasi cerita seram dan kisah paranormal menarik yang akan menaikkan bulu roma anda di dalam drama bersiri Remang menerusi slot tonton Malam Seram, setiap hari Isnin pukul 11.00 malam bermula 1 Ogos dan Detik 12 Malam musim baharu setiap hari Jumaat pukul 11.30 malam bermula 5 Ogos di TV3 dan strim langsung secara HD di www.tonton.com.my.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×