Kini Trending

Johan & Fizi Ali Sah Jadi Penyampai Baru Radio Hot FM, Tagline Pun Baharu!

2
SHARES

Desas-desus mengenai penyampai baharu radio Hot FM akhirnya terjawab menerusi satu kenyataan dikeluarkan semalam, apabila Johan dan Fizi Ali disahkan menjadi sebahagian ahli keluarga di stesen radio popular itu.

Bermula 2 Ogos ini, selain kehadiran dua tonggak baharu tersebut Hot FM turut tampil dengan pembaharuan sekali lagi dengan penjenamaan semula tagline stesen radio iaitu ‘Yang Hangat dan Terbaik’.

Baca juga: Kiddocare Raih 5x Peningkatan Bila Guna REV Ad Manager, Nak Cari Pengasuh Pun Mudah!

DUA TONGGAK BARU HOT FM KINI TERJAWAB, ‘YANG HANGAT & TERBAIK’

Gambar: Dua penyampai radio popular, Johan dan Fizi Ali bersama Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Audio (MPA), Nazri Noran.

Kehadiran dua penyampai ini, sudah pastinya akan memberikan satu kelainan pada barisan penyampai dan stesen Hot FM itu sendiri untuk tampil lebih hangat dan terbaik.

GANDINGAN PENYAMPAI & SEGMEN BARU!

1. SEGMEN BEKPES HOT, HAHAHA-NGAT

Gandingan trio terbaru yang bakal menghangatkan pagi anda menampilkan Johan, Fara Fauzana & AG akan ke udara setiap Isnin hingga Jumaat bermula 6 pagi hingga 10 pagi dalam nama segmen yang baru iaitu Bekpes Hot, HaHaHa-Ngat.

Pastinya segmen ini akan memberikan sesuatu yang berbeza kepada pendengar terutama pengisian dan kandungan segmen yang lebih segar, komedi yang melucukan, celoteh dan gelak tawa yang menghiburkan, juga mampu memberikan aura positif kepada pendengar.

2. SEGMEN SEMBANG SQUAD

Hot FM Sembang Squad akan dikendalikan oleh gandingan terbaru Fad dan Fizi Ali yang ke udara bermula 3 petang hingga 7 malam, setiap Isnin hingga Jumaat.

“Melalui duo terbaru yang lebih macho dan mantap ini, segmen petang bakal tampil dengan pengisian yang lebih fresh dengan cerita-cerita hangat masa kini. 

“Selain akan menjadi geng drama pendengar untuk bercerita tentang drama-drama yang ditayangkan di TV3,” kata kenyataan berkenaan.

3. SEGMEN HOT FM NON STOP EMPAT LIMA

Segmen Hot FM Non Stop Empat Lima bersama penyampai Ayu yang ke udara setiap Isnin hingga Jumaat bermula 10 pagi hingga 3 petang akan memfokuskan kepada 45 minit lagu bebas iklan, music special dan ulangan segmen pagi.

4. SEGMEN HOT FLIX

Segmen malam iaitu Hot Flix masih dikendalikan oleh Imran Aqil yang memfokuskan pendengar generasi muda, hiburan, interaksi bersama selebriti dan pendengar yang aktif dalam media sosial, ‘gamers’ serta ‘influencers’.

Hot Flix bersama Imran Aqil akan ke udara bermula 8 malam hingga 12 tengah malam, setiap hari Isnin hingga Jumaat.

TAGLINE BARU HOT FM, ‘YANG HANGAT DAN TERBAIK’

Gambar: Tangkap layar dari video di instagram Hot FM.

Jika sebelum ini, Hot FM tampil dengan tagline Kini Lebih Muzik Yang Hangat, kini Hot FM telah menukar tagline kepada Yang Hangat dan Terbaik.

Perubahan tagline ini dibuat adalah kerana elemen identiti jenama ini mampu memberikan gambaran yang menarik dan terbaik dari semasa ke semasa. Komponen daripada tagline ini berupaya memberikan lebih banyak info mengenai pengisian dan kandungan yang dibuat oleh Hot FM.

Ketua Rangkaian Kandungan Hot FM & Molek FM, Nik Nor Azura, berkata,

“Pertukaran tagline ini adalah salah satu strategi kami untuk memastikan pendengar akan sentiasa lebih dekat dan ia bersesuaian dengan pengisian yang memfokuskan kepada setiap kandungan, barisan penyampai, muzik serta aktiviti lapangan yang diadakan sentiasa hangat dan terbaik buat pendengar Hot FM yang sentiasa menyokong stesen selama ini.”

HOT FM ZOOMERZ KINI KEMBALI!

Setelah lebih 2 tahun tiada kehadiran “Duta Jalanan Hot FM” di lapangan, kini Hot FM Zoomerz kembali untuk mendekati pendengar setia Hot FM.

Hot FM Zoomerz dikenali oleh pendengar dengan pemberian pelbagai barangan eksklusif Hot FM, produk pensampelan daripada klien serta melakukan interaksi dengan pendengar di lokasi terpilih.

Ditubuhkan kembali atas permintaan yang tinggi daripada rakan kongsi dan klien yang menginginkan aktiviti lapangan dilakukan. Terdapat lebih banyak lagi program dan acara yang melibatkan Hot FM Zoomerz akan dijalankan di masa akan datang.

JELAJAH HOT FM BAKAL DIADAKAN DI SEMENANJUNG MALAYSIA

Selain itu juga, Hot FM akan mengadakan jelajah di semenanjung Malaysia bagi mendekati dan meraikan pendengar setia Hot FM.

Pastinya, akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti antaranya persembahan hebat artis tanah air. Info lanjut mengenai jelajah ini bakal dimaklumkan dalam masa terdekat.

Hot FM boleh didengari menerusi frekuensi:

  • 97.6FM di Lembah Klang.
  • 88.2FM Alor Setar & Pulau Pinang.
  • 104.5FM Ipoh.
  • 90.1FM Johor Bahru & Singapura.
  • 92.4FM Kuantan.
  • 105.1FM Kota Bharu.
  • 87.7FM Kota Kinabalu.
  • 94.3FM Kuching.
  • 104.3FM Melaka.
  • 99.5FM Seremban.
  • 90.5FM Taping.
  • 105.0 Kuala Terengganu.  

Para pendengar juga boleh mendengar Hot FM secara live streaming di www.hotfm.audio dan YouTube Hot TV. Manakala untuk perkembangan dan pengisian digital paling hangat, boleh terus ikuti laman sosial Hot FM di Facebook Hot FM, Instagram @hotfm976 dan Twitter @hotfm976 dan Whatsapp 017-302 8822.

Hot FM juga boleh didengar menerusi aplikasi Audio+, yang boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play dan Huawei App Gallery.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×