Hebahan

TV3 Anjur Grand Bazar Ramadan Raya Terbesar Malaysia Di Shah Alam & Bukit Jalil Mei Ini

3
SHARES

Bagi musim perayaan Ramadan dan Raya, Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN) bakal menganjurkan Grand Bazar Ramadan Raya 2019 (GBRR). Pastinya ramai dalam kalangan anda yang tidak sabar lagi untuk membeli juadah berbuka puasa dan membeli barangan Raya  kan? Bazar terbesar di Bulatan Bazarena Stadium Shah Alam ini akan bermula pada 4 Mei hingga 2 Jun manakala di Stadium Bukit Jalil akan bermula pada 16 Mei hingga 5 Jun.

Bazar ini  akan dimeriahkan dengan 436 unit booth di Bukit Jalil dan 134 unit booth di Shah Alam yang akan beroperasi dari pukul 3.00 petang hingga 12.00 tengah malam pada hari bekerja dan 11.00 pagi hingga 12.00 tengah malam pada hujung minggu dan cuti umum.

SASAR CATATAN LEMANG TERPANJANG DI MALAYSIA!

Menariknya, Grand Bazar Ramadan Raya ini juga mensasarkan catatan lemang terpanjang dalam The Malaysia Book Of Records. Hasil jualan lemang tersebut akan disalurkan kepada Tabung Bersamamu TV3. Tarikan lain termasuklah program amal seperti ‘Acara Solat Berjemaah dengan Tahfiz’ dan ‘Majlis Berbuka Puasa bersama Anak-anak Yatim’ dan juga sesi ramah mesra bersama barisan selebriti MPTN.

Selain GBBR 2019 mensasarkan untuk catatan The Malaysia Book of Records sebagai bazar terbesar dan lemang terpanjang, bazar bagi musim perayaan Ramadan dan Raya, TV3 dan BUR akan meneruskan kerjasama untuk menganjurkan GBBR terbesar yang dilihat sebagai platform kepada komuniti usahawan.

Bazaar ini turut membabitkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Selangor dan Kuala Lumpur dalam memasarkan perkhidmatan dan produk mereka dan mensasarkan lebih 500,000 pengunjung akan hadir ke dua lokasi berkenaan. Hasil jualan lemang terpanjang ini akan disalurkan kepada Tabung Bersamamu TV3. Tarikan lain program ini acara solat berjemaah bersama tahfiz dan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim,” katanya.

JOM MENJUAL DI GBBR 2019

 

Untuk makluman anda, kesemua jenama dan vendor dialu-alukan untuk menjual barangan produk anda di GBBR 2019 seperti pakaian, aksesori peribadi, produk kesihatan dan kecantikan, barangan elektrik, perabot, hiasan dalaman rumah, aksesori telefon, kuih raya dan pelbagai minuman serta makanan.

Mereka yang berminat boleh menghubungi MPTN di talian 03-77266333 atau melayari laman web di www.mediaprima.com.my.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×