Dapur

Tukar Selesa Anak-Anak, Cuba Resipi Viral Ayam Masak Thai

5
SHARES

Sebut sahaja ayam masak Thai pasti sudah terbayangkan rasa pedas, manis dan masam kan. Sememangnya masakan Thai ini tidak boleh lari dengan rasa pedas, manis dan masam tersebut. Tidak dinafikan, masakan mereka memang sedap sehingga mampu menarik ramai pengemar masakan Thai di kalangan rakyat Malaysia.

Resipi ini wajib buat para ibu sajikan untuk anak-anak. Asyik masak ayam kicap, ayam merah sahaja. Apa kata cuba buat menu yang lain daripada biasa, baru lah anak-anak tidak jemu.

Baca juga: Buat ‘Hantu Petai’, Ini Petua Simpan Petai Dalam Freezer & Dalam Bekas Air

Bahan-bahan:

  1. Ayam
  2. Segenggam cili api
  3. 7 biji cili merah
  4. 6 ulas bawang putih
  5. Bawang merah
  6. 4 tangkai daun ketumbar
  7. 1 senduk minyak
  8. 2 batang serai diketuk
  9. 4 sudu sos tiram
  10. 3 sudu sos cili
  11. Daun limau purut
  12. 1 sudu sos ikan

Pertama sekali, gaul ayam dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Lalu goreng ayam sehingga masak dan ketepikan.

Blend bahan-bahan (cili padi, cili merah, bawang putih, bawang merah, daun ketumbar).

Letakkan minyak dalam kuali dan terus masukkan batang serai diketuk. Tumis sehingga wangi.

Kemudian masukkan bahan-bahan blend tadi. Tumis sehingga pecah minyak.

Masukkan sos tiram dan sedikit air. Gaul.

Masukkan sos cili. Tumis sehingga masak sekata.

Masukkan ayam goreng tadi dan daun limau purut serta sos ikan.

Kacau rata, Siap!

VIDEO PENUH 

@leezaramzi28

Ayam masak thai.. Salah satu resepi sye yg menjadi viral di instagram bila ramai yg mencuba 🥰🥰 Alhamdulillah ☺️ Selamat Muncuba warga tiktok 🤗 #masakanviral #masakanthai #fyp #fypシ #fypviralシ #fypage

♬ SWIPE – ALYPH

Sumber: Tiktok leezaramzi28

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×