Famili

Tukang Repair Barang Elektronik Mohon Hentikan Bayaran Zakat Selepas Hidup Makin Stabil Untuk Tanggung Keluarga

48
SHARES

Satu kisah sebak tular di media sosial dan mendapat perhatian warganet kerana tindakan bapa tersebut yang sangat jujur dan merendah diri.

Kisah sebuah keluarga itu dikongsikan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) di mana lelaki berkenaan pada mulanya agak berat hati untuk memohon bantuan zakat namun terpaksa kerana atas faktor kesihatannya.

Baca juga: [VIDEO] “Air Mata Datang Dari Hati…”- Kanak-Kanak Menangis Rindu Arwah Ibu Buat Warganet Sebak…

TUKANG REPAIR BARANG MOHON HENTIKAN BAYARAN ZAKAT

Sekadar gambar hiasan

Dia terpaksa menjalaini pembedahan esofagus dan doktor menasihati agar beliau berehat dan tidak melakukan kerja-kerja berat. Sebelum ini, bapa kepada tiga orang anak itu bekerja sebagai pembaiki barangan elektronik dan menerima pendapatan sekitar RM1,300.

Seperti biasa, Zakat Selangor akan membuat semakan semula setiap tahun untuk setiap asnaf bagi melihat kelayakan, sama ada perlu buat penambahan bantuan terhadap mereka sekeluarga atau tidak.

PENDAPATAN SEMAKIN LUMAYAN

LZS mendapati lelaki berkenaan membuat keputusan untuk menghentikan bantuan zakat kerana pendapatannya sudah stabil dan mampu untuk menampung keluarganya. Malah, dia turut menyatakan bahawa ada yang lebih layak untuk menerima bantuan zakat berbandingnya.

Alhamdulillah, hasil zakat yang dikeluarkan oleh pengeluar zakat, kita dapat membantu keluarga beliau sepanjang beliau tidak bekerja dulu. 

MashaAllah, melihat dari perwatakan beliau, sangat rendah diri dan jujur orangnya kerana tahu akan haknya ketika bergelar seorang asnaf dahulu. 

Pihal LZS turut memuat naik sepucuk surat rasmi ditulis oleh lelaki berkenaan bertajuk ‘Permohonan Berhenti Bayar Zakat Keatas Saya’ yang bertarikh 25 Februari 2022.

Semoga Allah permudahkan dan suburkan rezeki beliau sekeluarga sepanjang zaman atas sifat jujur yang beliau tunjukkan. Moga menjadi teladan buat kita semua.

Sumber: Facebook Lembaga Zakat Selangor

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×