Famili

Tonton CINEMA Bakal Sajikan Anda Filem & Telefilem Percuma Sempena Raya!

8
SHARES
tonton cinema

Media Prima Berhad, Sistem Televisyen Malaysia Berhad dan REV Media Group telah melancarkan tonton CINEMA iaitu sebuah perkhidmatan penstriman Bayar Per Tontonan (Pay Per View PPV) yang membawakan filem terbaik terus ke rumah anda, menjadikannya ruang pawagam anda sendiri.

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini dimana kita berada di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tonton CINEMA akan ‘belanja’ anda rangkaian rancangan secara percuma!

TONTON CINEMA TAYANG FILEM & TELEFILEM PERCUMA!

tonton cinema

Untuk pengetahuan anda, semua filem yang terdapat dalam tonton CINEMA adalah percuma bermula 12 Mei 2021 hingga 1 Jun 2021. Bukan itu sahaja, rangkaian telefilem menarik sempena Raya juga akan ditayangkan secara percuma di tonton CINEMA. Berikut merupakan antara senarai telefilem yang bakal ditayangkan:

12 Mei, Rabu (12 pm)

Cinta Si Wedding Planner, Vanila Coklat Raya, Sebenarnya Saya Isteri Dia Raya, Cik Cinderella dan Encik Tengku Raya, Kau Aku Kita Raya, Setia Hujung Nyawa Raya, Kampung Girl Raya, Hello Mr Perfect Raya. Joyah Tak Balik Malam Raya dan Din Sardin Beraya.

19 Mei, Rabu (12 pm)

Baju Raya Kain Perca, Gerobok Raya, Masihkah Ada Raya Buatku, Mak Tak Bagi Balik dan Abah Tak Balik Malam Raya.

26 Mei, Rabu (12 pm)

Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin Raya, Hantu Raya Balik Kampung, Mana Kuali Opah, Senarai Raya Papa dan Balik Raya Ke Kita?

Bukan itu sahaja, anda boleh juga menonton melalui telefon pintar hanya dengan download di Apps Store dan Google Play Store. Senang nak tengok dimana-mana anda berada! Jangan lupa juga untuk ke laman web cinema.tonton.com.my kalau nak tengok senarai rancangan best apa lagi yang ada.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×