Hebahan

Rumah Bertukar Jadi Pawagam, Kini Anda Boleh Tengok Filem Menarik Di tonton CINEMA!

21
SHARES

Semenjak melandanya pandemik Covid-19, banyak sektor ekonomi telah menghadkan operasi termasuk juga dengan panggung wayang. Jika sebelum ini panggung wayang tidak dibenarkan beroperasi, namun baru-baru ini mereka sudah dibenarkan untuk meneruskan operasi dengan SOP yang ketat.

Walaupun begitu, ada juga dalam kalangan kita yang masih memilih untuk menonton filem di rumah sahaja bagi menjaga diri dari bahaya wabak. Tapi, nak tengok filem yang menarik sahaja mesti tercari-cari dimanakah platform digital yang menyediakan kemudahan sebegini?

MEDIA PRIMA LANCAR TONTON CINEMA

Terbaharu, anak syarikat Media Prima Berhad, Sistem Televisyen Malaysia Berhad dan REV Media Group telah melancarkan tonton CINEMA iaitu sebuah perkhidmatan penstriman Bayar Per Tontonan (Pay Per View PPV) yang membawakan filem terbaik terus ke rumah anda, menjadikannya ruang pawagam anda sendiri.

tonton CINEMA menawarkan koleksi filem terkini dan malar hijau. Caranya begitu mudah, daftar akaun tonton CINEMA di laman sesawang https://cinema.tonton.com.my dan mula strim! Anda masih boleh layari catchup yang sedia ada dan LiveTV secara percuma di aplikasi dan laman web. Pawagam anda, aturan anda! Strim pada bila-bila masa dan di mana sahaja anda berada di Malaysia menerusi aplikasi iOS dan android di telefon pintar, komputer, tablet dan komputer riba anda. Pada masa akan datang, anda juga boleh strim tonton CINEMA menerusi aplikasi TV pintar!

SEWA FILEM SERENDAH RM1 SAHAJA!

Sempena pelancarannya, tonton CINEMA menawarkan harga promosi istimewa dalam waktu terhad, dimana anda dapat sewa filem serendah RM1! Setiap filem dapat ditonton dalam jangka masa 48 jam menggunakan 5 peranti pada masa yang sama! Kaedah pembayaran adalah fleksibel iaitu melalui kad kredit/ kad debit dan perbankan atas talian, tonton CINEMA juga mesra e-dompet.

Selain itu, tonton CINEMA juga bekerjasama dengan Primeworks Studios dan industri perfileman untuk membawakan kandungan yang berkualiti kepada penonton Malaysia. tonton CINEMA ingin menguar-uarkan kepada para penggiat seni untuk menyumbangkan idea-idea kreatif mereka menerusi platform ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen dan Primeworks Studios, Media Prima Berhad, Dato’ Khairul Anwar Salleh, “Sebagai sebuah konglomerat media dan hiburan terbesar di Malaysia, ia adalah langkah yang strategik dalam memperluaskan kumpulan sasaran di platform digital dan mempromosikan kandungan tempatan.”

Jadi, jom kita tengok wayang di rumah sahaja dengan tonton CINEMA!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×