DIY & Kraf

Tokwan Buat Kolam Mandi Untuk Cucu Guna Tangki Bocor, Hasilnya Memang Menakjubkan!

98
SHARES

Memang impian anak-anak nak ada kolam mandi di rumah sendiri kan? Dengan adanya kolam di rumah boleh dijadikan aktiviti bersama anak-anak dan keluarga menjelang hujung minggu. Tapi, selalunya kolam ni perlukan ruang yang luas dan bajet yang besar untuk realisasikan impian anak-anak. Tahu tak, atuk ni berjaya buat kolam untuk cucu-cucunya dengan gunakan tangki bocor yang dibuang. Memang kreatif!

MODAL RM400 UNTUK BUAT KOLAM

Orang buang Atok bawa balik. Keluar modal Rm 400. Dapat satu kolam utk cucu4 mandi. Buat kat belakang rumah malu nanti org tengok tangki air buruk buat kolam.

GUNA TANGKI AIR DIBUANG

Tangki air yang orang buang. Orang buang sebab dah bocor. Atok tampal dan rebet.

Ini tempat yang hendak di buat kolam..

Meratakan tanah.. Dan letakkan tangki..

SIAP ADA LADYBIRD & HASILNYA MEMANG PUAS!

Buat ladybird hiasan untuk kolam guna polistrin yang liat.

Dah siap!! Seronok cucu-cucu mandi…

Sumber: Omar Senin

Most Popular

To Top