Dapur

Tips Urus & Susun Barang Dalam Peti Sejuk Dengan Betul Supaya Mudah Nak Ambil Barang!

“Apalah barang dalam peti sejuk aku ni, dah macam pasar malam dah…”

Pengurusan dan penyusunan barang adalah amat penting untuk memastikan keadaan di dalam peti sejuk tersebut teratur. Bila barang-barang di dalam peti sejuk teratur, mudah la nak ambil barang-barang untuk masak. Bukan itu sahaja, barang-barang pun tidak mudah rosak dan tahan lama!

Pengurusan peti ais yang betul.

1. SOS (sos cili sos tomato, kicap, sos tiram, sos lada hitam dan mayonaise yang sudah dibuka)

http://corporate.gisbholdings.com/

Ada yang suka simpan kat luar tp cara yang sebetulnya ialah kena simpan dalam peti ais. Kalau perasan, label pada botol-botol sos dan kicap ada tertulis “refrigerate after opening”. Ini utk mengelakkan pertumbuhan kulat kat sekeliling mulut botol dan penutup botol. So nak simpan kat mana? Kat bahagian pintu peti ais.

2. SUSU

http://az-zain.com/

Ok next susu? Untuk susu dalam tin tak kisah pekat atau cair boleh disimpan dalam peti ais dibahagian pintu peti. Sebelum simpan kena transfer dulu dari bekas tin asal ke dalam bekas bertutup (plastik or kaca). Elakkan simpan dengan tin-tin sekali dalam peti ais, sebab kita tahu dalam peti keadaannya lembap dengan oksigen boleh mengalakkan pengaratan pada tin. For safety reason, tu belum lagi kalau terambil terpegang mulut tin tu, tajam ada yang berdarah kang.

Susu segar/ susu kotak simpan kat bahagian dalam, jangan simpan kat bahagian pintu. Bahagian pintu suhunya plaing tak stabil, berubah ubah bila kita buka tutup pintu peti ais tu. Perubahan suhu yang kerap boleh sebabkan susu cepat rosak.

3. TELUR

siraplimau.com

Cara menyimpan telur dengan betul. Ada dua cara:

1. Simpan di luar peti ais

-lebih elok simpan dalam bekas asal telur disebabkan dua sebab satu: ada tarikh best before dicetak pada bekas telur, kedua: telur diletakkan di dalam bekas di dalam posisi optimum dimana telur kuning dia berada ditengah, memanjangkan tempoh kesegaran telur (sekurang2nya sebelum best before date)

– jangan dibasuh, disebabkan dikulit telur ada satu lapisan perlindungan untuk menghalang bakteria masuk dalam telur dan percepatkan proses telur rosak.

-simpan ditempat terlindung dari cahaya matahari dan suhu yang consistent bukan skjp pnas sekejap sejuk

2. Simpan dalam peti ais (chiller)

http://healthydefinition.com/

-Jangan disimpan di bahagian pintu peti ais. Seeloknya hendaklah disimpan di bhgn dalam peti (bahagian shelf) sbb pintu peti ais kawasan yang paling mempunyai suhu yang tak tetap (kerap berubah suhu bila kita buka dan tutup pintu peti). Perubahan suhu yang ketara boleh menyebabkan telur cepat rosak.

-kalau disimpan bahagian dalam peti, simpan dalam bekas telur (atau any bekas yang muat) yang kedap udara bertutup rapat utk elakkan cross contimination telur yang kotor (sebab telur jgn dibasuh for same reason as above) dengan makanan lain dalam peti ais.

-jgn dibasuh telur, nak masak baru basuh

4. UBAT-UBATAN

www.healthxchange.sg

Ramai yang suka letak ubat dalam peti lagi-lagi bahagian pintu peti ais,kan? Ubat tak perlu disimpan dalam peti ais ya. Apatah lagi di bahagian pintu peti ais. Kalau kita simpan kat pintu, kita bukan tambah tempoh best-use dia, kita cepat rosakkan dia lagi ada. Ubat-ubat cecair sangat sensitif dengan haba, kelembapan, dan cahaya matahari. Kita pun tahu dalam peti ais tu kawasan nya lembap. Lagipun kat botol ubat ada label “keep in dry and cool place” bukan cool peti sejuk ye. Memadai dlm kabinet yang jauh dari cahaya matahari dan agak dingin.

http://blog.furnishmyway.com/

So nak simpan kat mana, simpan je dalam kabinet/pantry. Ubat dah buka atau belum simpan je dalam pantry. Ubat yang dah dibuka pun ada expired date dia. So pentingnya bila bukak cap ubat tu terus label kat penutup ubat tu bila kita dah bukak ubat tu. Detail Pengurusan kabinet ubat hani nnt hani update.

*Semoga perkongsian bermanfaat.

Kredit : Hani Mynis, pakar diari hati

Yang Popular

To Top