Deko & Hias

Tutorial Langkah Nak Kemas Rak Dapur Supaya Kelihatan Kemas & Praktikal

3.1K
SHARES

“Berserabutnya rak makanan dekat dapur aku ni alahai…”

Rak menyimpan makanan di dapur merupakan antara lokasi yang paling ‘penuh’ dengan barang. Mana tidaknya, kadang-kadang yang bukan makanan pun disimpan sekali di tempat yang sama. Bila tiba waktu untuk mengemas, naik pening kepala dibuatnya. Oleh itu, penyusunan dan penlabelan barangan dapur adalah penting terutamanya bagi anda yang selalu sibuk bekerja dan tak ada masa untuk kemas barang. Bila nak guna barulah mudah!

STEPS MUDAH UNTUK KEMAS RAK MAKANAN DALAM RUMAH

Tutorial langkah asas mengemas ruang dan cara untuk membeli bakul/ bekas muat-muat satu laci/ rak. Atas permintaan, hani import perkongsian hani di group ke wall hani. Kemain panjang tajuk nya hehe. Ok here we go: Teori dah hani ajar sekarang masa nak tunjuk praktikal pulak. Gigih hani punggah pantry dan recreate situasi dalam pantry kalau kita tak organise dan kemas demi uols haha.

Ni langkah-langkah asas untuk mula mengemas sesuatu ruang.

Ni senario kebanyakan kita menyimpan barang. Ni kira worst case lah ye. Hehe kadang-kadang bila dah susun pun still nampak semak. Tapi tu lah kalau kena caranya kita boleh perbaiki cara kemas dan susunan supaya cantik di mata kita dan juga semestinya praktikal. Nanti nak mencari takdalah mengagau semua para kan. Haha mana lah aku letak stok serbuk kunyit ni ha gitu hehe last tak jumpa pergi beli lagi utk kali kelapan. Padahal ada je kat situ kan hehe.

1. Keluarkan semua barang dan kosongkan [email protected] almari @ rak @laci.

2. Bersihkan ruang. kalau nak redecorate ruang buat lah masa ni. Nak tampal wall paper ke, nak baiki ke. Nak betulkan loose screw ke.

3. Asing dan sisihkan barang-barang yang dah dikeluarkan tadi samaada nak simpan, buang, derma, kitar semula atau jual

Hani lap dulu habuk dengan microfiber supermitt tu.
-Lepas tu spray dengan dusting spray, lepastu lap dengan wipe cloth tu. Berkilat balik nnt.
-Plastik sampah tu wajib ada sbb nanti nak sorting sisih barang2 dalam pantri yang kita dah keluarkan tu.

4. Beli atau sediakan alat penstoran, rak ke, bakul ke, bekas

5. Step ketiga : kita sort dan sisih masa ni. Tengok mana yang dah expired boleh buang. Kemudian sort ikut kategori.
Ni kategori pantri hani
– telur (telur hani simpan dalam pantri)
– bihun/suun
– pasta (utk letak mi spaghetti, makaroni)
– pasta ing (utk letak sos bolognaise atau carbonara yg dlm tin/jar, cendawan dalam tin, apa2 kelengkapan nak masak pasta
 mi segera (megi)
baking ing
-stok rempah
bubur ing (barang nak masak bubur)
-stok aqil (stok susu dia)

6. Step keempat kita nak susun balik barangan makanan tu dalam pantri. Tp kali ni kita nak buat rumah utk barang2 tu. Taknak lah pakai letak je kan. So kita kena beli bekas sesuai dengan saiz ruanh tu. So apa lagi ambil surat khabar buat template para tu.

7. Dah ukur, lipat comel2 bawa template tu ke eco hehe kat eco nnt buat muka tak malu , bentang template kat lantai, amik bekas atau bakul susun atas ni. Tapi masa susun tu pastikan terbalik kan bekas /bakul tu. Maksudnya tapak bakul ke atas. Susun muat2 kertas. Ha itulah rahsia nya mcm mana hani dpt bakul yang ngam2 je dgn ruang.

8. Susun tapak bekas ke atas ya atas template tu nanti.

9. Susun bakul dalam ruangnya. Dan mula isi dengan barang-barang pantri tadi. Dah nampak kemas kan. Tapi belum siap lagi!

10. Step terakhir : label. Now baru lah siap. Takde lah kalau nak cari mihun mengagau buka satu-satu bakul kan hehe nanti husband nak cari barang pun senang. Lepas je siap fasa ni hani kejap-kejap buka pintu pantri admire kerja sendiri.

Sumber : Hani Mynis

To Top