Deko & Hias

Tips ‘Ubah Suai’ Bilik Air Di Rumah Supaya Jadi Lebih Child Friendly, Kemas!

4.2K
SHARES

Selain dari penyusunan barangan keperluan rumah dan anak-anak di dalam bilik atau di ruang tamu, ruang lain yang perlu diberi perhatian adalah tandas atau bilik air. Inilah tempat dimana sesiapa sahaja khususnya anak kecil perlu berhati-hati kerana permukaan lantai yang licin dan penggunaan barang mandian bersesuaian. Jadi, apa kata anda cuba cara yang dikongsikan oleh ibu ini dimana beliau mengubahsuai tandas supaya menjadi lebih child friendly!

Idea penstoran bilik air (child-friendly)

Alang-alang setiap hari Selasa hani buat deep cleaning bilik air, hani kongsi idea penstoran yg ada dlm bilik air. Biasalah selalu berangan nak ada bilik air spa-like gitu, tapi memandangkan ni satu satunya bilik air kat rumah sewa ni, hani pastikan bilik air ni praktikal utk kitorg sekeluarga (terutamanya utk budak bertuah Aqil ). So deep cleaning bilik air hani merangkumi : 

1.Spray clorox dalam mangkuk tandas. Sementara buat kerja lain, clorox tengah menjalankan tugasnya dgn jayanya.

2.Bersihkan lantai dan dinding dgn magic span

3.Spray cermin dengan pencuci cermin

 

4.Bersihkan dalam sinki dengan magic span

5.Rendam mainan aqil dgn dettol + air panas

6.Bersihkan rak sabun

7. Bersihkan mangkuk tandas

Dah siap. Total masa: tak smpi 20 minit (tak smpi setengah jam pun sbb hari2 masa mandi kita jirus gosok-gosok lap-lap sikit mana yang patut)

Sumber : Hani Mynis

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×