DIY & Kraf

Guna Rak Harga RM 9.99 Je Dah Boleh DIY Tempat Simpan Barang Sekolah Dengan Teratur!

3.2K
SHARES

Bila anak-anak sudah berada di alam persekolahan, macam-macam barang keperluan mereka yang ada di rumah kan? Bukan sahaja buku malah baju sekolah, barang menulis dan beg-beg sekolah pun kena simpan dengan kemas supaya nampak teratur di dalam rumah kita. Tambah pula musim cuti sekolah telah pun tiba, takkan nak biarkan barang bersepah kan? Kenalah simpan dan susun dalam rak. Tak perlu beli rak mahal-mahal, anda boleh DIY sendiri ikut cara ini!

MUDAHNYA NAK SIMPAN KEPERLUAN ANAK DENGAN KEMAS!

“Beli waktu ada offer ya.Kadang-kadang boleh dapat 9.99 untuk 1 rak.Masa kami beli ada pelbagai warna. Oleh sebab nak perabot semua putih. Maka suami mengecat semula bagi warna putih. Kami tak paku pun rak ke dinding.Jadi rak boleh diubah tempat jika perlu.Setakat ni dah 2 tahun rak itu di bina. Masih kukuh seperti asal sebab ia agak berat. Cuma untuk anak-anak yang lasak. Mungkin boleh lekatkan rak pada dinding rumah.” Follow step bergambar ya!

1. Rak dicat semula berwarna putih

2. Pemasangan rak


3.Rak melintang lebih besar daripada rak di tepi-tepi sebab kami hendak letak beg anak-anak.

4. Besi penghubung beli di hardware. Untuk menggantung baju sekolah anak-anak.

5. Besi penghubung antara 2 rak yang di tepi-tepi.(rak kiri n kanan). Beli di hardware.


6. Besi untuk menampung rak melintang. Letak di bawah rak melintang. Beli di hardware.


7. Tadddaaaa…hasilnya!

Selamat mencuba!

Sumber: Naqibah Nukma Abdullah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×