Bila kasut-kasut bersepah depan rumah, mulalah si ibu serabut kerana terpaksa susun setiap hari. Itulah pentingnya rak kasut. Jadi, wanita ini kongsi DIY rak kasut mudah dengan hanya 5 langkah mudah je. Selain menjimatkan, rak kasut ini juga boleh dipelbagai kegunaannya tau!
DIY RAK KASUT
Assalamualaikum..Hai kawan kawan..ni ada 1 lagi hasil dari projek diy cik abg kita. Kali ni dia buat rak kasut boleh lipat pula. Kos keseluruhan lebih kurang RM10 macam tu rasanya. Harga tak pasti sangat sbb kayu dia guna yang sedia ada dirumah ni. Nama pun diy so dia guna ja bahan-bahan apa yang ada di rumah. Cuma beli kayu yang macam gantung tu ja kat kedai eco. Kayu tu ada orang beli buat hiasan gantung barang.
Ada juga yang beli untuk sangkut-sangkut barang..apa-apa pun jom kita tengok cara-cara nk buat rak kasut..selamat mencuba. Oh ya selain untuk letak kasut, boleh juga letak bunga-bunga hiasan yg kecil-kecil kat kedai eco tu. Jangan korang tanya nak letak dapoq gas pulak sudah laa..agak-agak la,benda buat dengan kayu nipis ja..
BAHAN BOLEH BELI DI KEDAI RM2
Benda alah ni korang boleh beli kat kedai eco(kedai rm2).cari kat bahagian penyangkut baju..beli 2 pcs tau.. Selain tu korang juga kena ada bahan-bahan lain. Paku halus saiz lebih kurang 1/2 inci.. Kayu beroti kalau tak salah orang panggil..ambil yang 1 inci lebar. Tebal yang tebal sgt.. kayu beroti saiz 1/2 inci.
Ok ni kayu yang beli kat kedai eco tadi tu.
Mula-mula step 1..Korang buka kiri kanan kayu tu dulu..tengok kat arrow yang bertanda tu.. Yang tu kita tak perlukan dia. Lepas buka, skru tu simpan sebab kejap lagi nak guna balik.
Step 2.. Kayu beroti yang dah dipotong..saiz ikut korang la nak buat lebar mana. Saiz yang ni cukup untuk letak 2 pasang kasut bagi setiap tingkat.
Step 3.. Buat tapak. Utk 1 tingkat perlukan 7 batang kayu yg saiz 1 inci tu. dan perlukan 2 batang kayu yang saiz 1/2 inci tu..paku kan ikut macam dalam gambar. buat 3 pcs tapak tau.sebab nak buat 3 tingkat.
Step 4.. Ambik kayu yang saiz 1/2 inci tu dan skru ikut macam dalam gambar. Jangan skru sampai ketat pulak.. Sebab nanti akan ada pergerakan di situ. Kalau ketat skru tu nanti tak boleh nak lipat rak tu.
Ni gambar yang dah ikat skru. Tengok baik-baik..sebelah ja tau ikat..
Step 5.. Cantumkan tapak yang kita dah buat tadi.. skru ikut macam dalam gambar. ni pun sama jangan ikat ketat sangat skru tu. lepas tu ulang untuk tingkat ke dua dan ke tiga.
Tengok baik-baik. dalam bulatan merah tu. tapak tu tak payah ikat skru tau. kita cuma sangkut dan letak atas kayu 1/2 inci tu. kayu yang kita ikat masa di step ke 4 tadi.
DAH SIAP!
Boleh lipat jika tak nak guna..
Sumber: Maria Ariana