Dapur

Tips Untuk Kekalkan Kesegaran Sayur Sampai 2 Minggu! Macam Mana Tu?

834
SHARES

Sayur baru beli dua hari lepas dah lembik? Dah kena pergi ke pasar untuk beli sayur yang baharu, padahal sayur banyak lagi dah kena buang. Membazir kan? Rupa-rupanya, ada tips untuk mengekalkan kesegaran sayur sampai berminggu-minggu tau. Macam mana? Jom cuba cara ini!

http://www.dole.com/

TIPS SAYUR KEKAL SEGAR.

Harini saya nak kongsi cara saya simpan sayur. Disebabkan saya ni agak malas hari-hari nak ke kedai beli sayur tambah-tambah lagi kedai runcit agak mahalkan. Saya dan suami akan ke pasar borong selangor dua minggu sekali atau tiga minggu sekali untuk beli segala keperluan masak. Percaya atau tidak semua sayur ni harga tak sampai RM20 tau…Jimatkan kan kan?

Kami akan spend Rm150++ sahaja untuk barang basah bagi dua ke tiga minggu kegunaan. Eh panjang pulak pengenalan jom-jom kita pergi ke tips simpan sayur segar berminggu-minggu.

TIPS UNTUK KEKALKAN KESEGARAN SAYUR BERMINGGU-MINGGU

Sayur hari pertama- www.facebook.com/groups

1. Satukan semua sayur dalam satu bekas yang besar dan rendam bersama air tambah sedikit garam selama 10minit.
2. Toskan selama beberapa minit.
3. Rendamkan balik sayur dalam air sahaja tanpa garam tau selama 5minit sahaja.
4. Toskan lagi sampai air menghilang dari sayur okey. Lepastu masukkan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti ais tadaa siap.

Sayur hari kelima

Sayur hari ke sepuluh

Sangat senang, mudah dan jimat bagi saya sorang suri rumah tak payah nak bazirkan masa dan minyak kereta lagi hari-hari nak ke kedai kan.

* Tak payah nak asyik pergi ke kedai setiap hari untuk beli sayur yang segar. Sayur yang beli minggu lepas pun masih segar lagi kan?

Sumber: Shikin Miskam 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×