Dapur

Tips Sahur Kenyang Lama & Boleh Turun Berat Sampai 10KG!

17
SHARES
tips sahur kenyang

Hanya beberapa hari lagi umat Islam akan mula berpuasa. Masa macam ini juga ramai daripada kita terutamanya wanita yang ingin mengambil kesempatan untuk mengurangkan berat badan.

Pada minggu pertama bulan Ramadan, ramai daripada kita biasanya akan berasa lemau dan tidak bermaya kerana tubuh masih belum boleh membiasakan diri daripada tidak makan. Jadi, untuk memastikan kita bertenaga sepanjang hari, makanan sahur yang berkhasiat dan mengenyangkan amat penting untuk diamalkan sepanjang bulan Ramadhan.

Baca juga: Berjaya Turunkan Berat Badan Sebanyak 30kg, Ini Rahsia Anda Boleh Ikut

TIPS SAHUR KENYANG LAMA BOLEH LOSS 10KG

Sebenarnya terdapat pelbagai makanan dan bahan boleh digunakan yang lebih memberi manfaat terutamanya membuatkan seseorang berasa kenyang lebih lama. Namun 3 benda ini semestinya anda boleh dapat di dapur tanpa perlu pergi ke kedai.

Melalui sebuah video di laman Tiktok, seorang pengguna bernama Nur Hashida berkongsi tips sahur supaya kenyang lama sekaligus dapat mengurangkan berat badan. Jom ikuti perkongsian tips beliau.

3 TIPS MUDAH KENYANG LAMA SEMASA PUASA

1. Makan kurma 3 biji

Makan kurma adalah sunnah jika di makan dalam bilangan ganjil. Bukan untuk saja-saja, ternyata kurma yang dimakan dalam jumlah ganjil akan memberi kesan yang berbesa jika dibandingkan makan kurma dalam jumlah genap.

2. Minum 2 gelas air kosong

Pada bulan Ramadan, minuman manis dilihat lebih menarik berbanding air kosong, sedangkan air kosong merupakan minuman terbaik untuk memenuhi keperluan cecair tubuh terutamanya apabila kita terpaksa seharian tidak dapat minum air.


3. Minum milo oat

Milo dan oat merupakan antara makanan yang ringkas dan mudah untuk bersahur. Malah ianya sangat mengenyangkan dan tahan lama dalam perut kita. Cara untuk bancuh milo oat ini adalah dengan letak 1 sachet milo dangan oat dan bancuh dengan air panas.

Video penuh:

@nurhashida92

tak lama lagi nak puasa #tiktokmalaysia #nakkurus #lostweight

♬ bunyi asal – Pak abas – Pak abas

Semoga membantu dan selamat mencuba pada bulan puasa nanti!

Sumber: TikTok NurHashida92

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×