Cantik

7 Tips Pakaian Untuk Bentuk Badan Pear. Wanita Sahaja!

27
SHARES
7 Tips Pakaian Untuk Bentuk Badan Pear. Wanita Sahaja!

Pernah tak bila menyarungkan ‘jeans’ atau seluar panjang, tiba-tiba tersangkut dan sempit di bahagian peha? Namun longgar di bahagian pinggang? Kalau pernah, itu antara tanda bentuk badan yang anda miliki adalah berbentuk pear!.

Cuba bayangkan buah pear. Melihat pada keadaan fizikalnya ia tirus di bahagian atas dan melebar di bahagian bawah. Sama juga dengan fizikal manusia. Wanita dengan bentuk badan pear tidak semestinya gemuk dan rendah sahaja. Anda yang kurus tinggi juga boleh memiliki bentuk badan pear.

Rata-rata wanita di Malaysia mempunyai bentuk badan pear. Bentuk badan begini lebih lebar di bahagian bawah pinggang, iaitu di bahagian pinggul dan paha. Bentuk badan yang dahulunya runcing ketika anak dara boleh berubah selepas melahirkan anak.

Ada beberapa tips berpakaian bagi anda yang berbadan pear, untuk tampak lebih kurus dan tinggi.

1. Elakkan baju dengan ropol-ropol atau corak yang sarat di bahagian pinggul atau paha. Fokus mata akan tertumpu pada bahagian ini. Justeru elakkan fesyen yang menarik perhatian di bahagian tersebut.

2. Gayakan baju atau blouse bercorak yang dipadankan dengan skirt atau seluar polos. Lebihkan aksesori atau gayakan shawl sebagai titik focus dalam gaya anda.

3. Pakai warna yang lebih gelap di bahagian bawah. Gelap tidak semestinya hitam, ianya boleh juga seperti padanan skirt polos berwarna coklat cair dan blouse berbunga kecil.

4. Pakai skirt atau seluar yang kembang di bahagian bawah atau buku lali. Namun elakkan juga skirt yang terlalu kembang bagi mereka yang rendah, bimbang ia akan menampakkan diri lebih

5. Elakkan ‘belt’ atau tali reben dari baju yang berjuntai di bahagian pinggul anda

6. Pakai jaket atau blazer – jaket dan blazer juga boleh menjadi aksesori yang sesuai. Gayakan jaket dari warna yang kontra daripada warna baju dan seluar yang dipakai.

7. Aksesori seperti rantai leher mutiara yang labuh atau juntaian shawl di bahagian hadapan dada dapat memberikan ilusi badan yang lebih tinggi.

Tips mudah – elakkan sarat di bahagian pinggul, lebihkan aksesori atau gaya di bahagian atas badan serta di bahagian kaki.

Usah malu mempunyai bentuk badan pear. Bersyukurlah kerana itu adalah kurniaan Allah. Walaupun berbadan pear dan berisi, tetapi keinginan hati meluap-luap untuk kuruskan badan, boleh cuba 10 cara kuruskan badan yang pernah ditulis sebelum ini.

*Artikel ini adalah hasil tulisan oleh Aida Fazlin dari mumsluv.com

[infobox title=’Tentang Aida Fazlin’]

aida-fazlin-mumsluv

Kini bekerja sebagai Pengarah Operasi Mumsluv Nursing Wear. Merupakan bekas pensyarah Kimia di salah sebuah Kolej Persediaan Pelajar. Melepaskan jawatannya pada Ogos 2013 bagi menumpukan perhatian kepada anak-anak. Beliau juga telah memulakan perniagaan sendiri sebagai pengeluar baju menyusu di bawah label Mumsluv. Beliau mempunyai minat mendalam terhadap fesyen muslimah, penyusuan bayi serta pendidikan awal kanak-kanak secara alami.[/infobox]

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×