Inspirasi

‘Demi Menghalalkan Seorang Wanita..”- Pemuda Ini Berjaya Kumpul RM19 Ribu Dalam Setahun!

228
SHARES

Setiap individu sudah pastinya menyimpan cita-cita untuk berkahwin dan bersama-sama buat selama-lamanya. Namun, timbul rasa risau jika wang yang dikumpul masih tidak mencukupi bagi menampung segala kos perbelanjaan perkahwinan.

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Shafiq Shaifullah tampil berkongsi tips menyimpan duit sebanyak dalam tempoh setahun demi menghalalkan teman wanita.

Baca juga: Cara Menabung Duit Setahun Boleh Dapat RM4436, Guna Teknik Ni!

PEMUDA INI BERJAYA KUMPUL RM19 RIBU DALAM SETAHUN

Video tersebut tular di media sosial dan meraih pelbagai respon daripada wargamaya yang turut kagum dengan usaha lelaki ini. Menerusi video tersebut, lelaki itu mencerita cara yang digunakan untuk mengumpul sebanyak RM19 ribu dan digunakan untuk belanja kahwin.

“Demi menghalalkan seorang wanita aku gagahkan diri ini untuk menabung. Alhamdulillah. Bila niat kita betul Allah permudahkan segala urusan. Start menabung 7/1-2020 hingga 5/01-2021,” jelasnya.

Jelas kelihatan dalam video itu, dia menggunakan pisau dan juga penukul untuk ‘menebuk’ tin beisi wang itu. Berkat sabar menyimpan wang, pada 27/3/2021 dia dan isteri selamat diijabkabul sebagai suami isteri.

Perkongsian Shafiq turut mendapat perhatian Dr Azizul Ahmad di laman Facebooknya. Perkongsian manfaat itu boleh dicuba untuk masa hadapan.

Nekad pemuda ini dapat RM19,000. Pemuda kacak ini, Shafiq Shaifullah buat tabung nekad nak kahwin. Dia guna formula simpan= lebih baru belanja.  

Gaji bulanan cuma RM1500 sahaja, dia nekad buat simpanan RM1500 setiap bulan bermula 07 jan 2020. Duit belanja hidup dia pulun OT dan buat kerja lain. Pendapatan utama dia simpan. 

Semangat gila bagus lelaki ini. Memang patut dibuat suami. Lebih bijak, dia gunakan dan buka Tabung Kawen lepas majlis kahwin. Maka, Mereka keluarga baru ada simpanan yang baik untuk memulakan kehidupan lepas kahwin.

Kehidupan lepas kahwin lebih utama dari majlis kahwin kawan kawan. Tahniah bro, Moga jadi inspirasi buat semua yang lain juga. Jika nak seribu daya akan usaha .

VIDEO PENUH:

Sumber: Facebook Azizul Azli Ahmad & TikTok Shafiq Shaifulla

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×