Didik

Sebelum Hantar Anak Ke Sekolah Kebangsaan Cina, Ini 10 Perkara Mak Ayah Kena ‘Alert’

2.6K
SHARES
sekolah cina

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang bakal melangkah ke alam persekolahan, pastinya sudah mula berfikir dan membuat pilihan sekolah jenis apakah yang bakal dihantar. Selain sekolah kebangsaan biasa dan sekolah berasrama, sekolah jenis kebangsaan Cina juga menjadi salah satu pilihan popular buat ibu bapa berbangsa Melayu. Amat penting untuk ibu bapa membuat penyelidikan mengenai sekolah jenis ini kerana dikhuatiri tidak akan disukai oleh anak-anak.

Berikut merupakan antara beberapa perkongsian dari si ayah tentang tips untuk menghantar anak-anak ke sekolah jenis kebangsaan Cina. Buat anda yang berminat, diharapkan perkongsian ini dapat membantu.

NAK HANTAR ANAK KE SEKOLAH CINA TAPI TAK TAHU DI MANA NAK MULA?

Di bawah ini saya nak kongsikan beberapa perkara utama sebelum anda (ibu-bapa Melayu) menghantar anak ke Sekolah Kebangsaan Jenis (Cina). Ini pun berdasarkan pengalaman saya yang tiada langsung pengetahuan dalam Bahasa Cina. Korikulum sekolah Cina jauh sekali..

1. Mula hantar anak seawal 5 tahun.

malaysiantimes.com

Hantar anak ke sekolah tadika Bahasa Cina selama 2 tahun (5 dan 6 tahun). Dalam masa 2 tahun ini, sebelum masuk ke sekolah rendah, anak sudah boleh memahami Bahasa Cina dari segi bacaan dan percakapan. Kalau dapat hantar lebih awal, lebih baik.

2. Kenal pasti sekolah rendah.

Point ini sangat penting. Kalau boleh cari dan kenal pasti sekolah yang berdekatan dengan rumah (nanti saya cerita kenapa). Terus tanya pihak sekolah di mana tadika yang ‘diiktiraf’ oleh sekolah tersebut. Sesetengah tadika yang mahal, hanya nak ‘cekik’ duit ibu-bapa. Tapi silibus yg diajar tu entah apa-apa. Guru sekolah sendiri yang cerita perkara ini kepada saya.

3. Bekalkan makanan anak dari rumah

Bekalkan makanan dan minuman yang secukupnya untuk anak ke sekolah. Anak saya makan makanan yang simple dan mudah disediakan tapi berat sedikit seperti hotdog, nugget dan roti. Kalau sempat, isteri akan sediakan nasi goreng. Cukup untuk alas perut sampai tengahari.

4. Kenal siapa guru kelas

sekolah cina

utusanmalaysia

Saya berbaik-baik dengan guru kelas supaya saya boleh tahu perkembangan pembelajaran anak saya. Setiap 2 minggu (bukan setiap hari) saya akan bersembang dengan guru kelas anak saya dan ambil tahu sejauh mana pemahaman Bahasa Cina anak saya. Guru kelas rimas juga bila kita selalu tanya. Tapi kalau kita tanya seperti kita sembang dengan kawan-kawan, tidaklah merimaskan sangat. Selitlah 2-3 perkataan Cina yang kita tahu. Confirm guru kelas senyum bila dengar Bahasa Cina kita tunggang langgang. Effort kita lah!

5. Hantar anak mengaji

Setiap hari lepas sekolah, saya akan terus hantar anak mengaji di rumah ustazah. Alhamdulillah, dah naik iqra 5. Saya bercadang memang nak sampai dia khatam Al-Quran (tak kira lah sampai umur berapa)

6. Support group

freemalaysiatoday

Dapatkan akses support group dari guru kelas. Selalunya untuk orang Melayu memang ada support group khas. Sekurang-kurangnya whatsapp group ibu-bapa. Mudah untuk kita dapatkan bantuan terutama untuk membuat kerja sekolah. Sekolah tadika anak saya memang ada group khas untuk ibu-bapa Melayu.

7. Kerja sekolah

Korikulum sekolah Cina memang ajar murid-murid untuk ada kerja sekolah sejak tadika lagi. Memang anak saya sendiri kadang-kadang merengek. 3 muka nak kena tulis setiap hari. Itu baru 1 buku! Ada 3 buku semuanya. Belum Matematik dan Bahasa Melayu lagi. Bahagian ni kita harus banyak bersabar dan teruskan memberi sokongan. Support group (point 6) banyak membantu

8. Ajar Aqidah Islamik sebelum tidur

Topik ini luas. Tapi ajarlah anak tentang perkara yg mudah dia baca dan hafal sebelum tidur seperti bacaan solat, surah lazim, kisah nabi, aurat dan sebagainya. Dah masuk sekolah rendah nanti, boleh masuk SRAI atau KAFA di sesi petang. Sebelum tidur sentiasa ingatkan anak tentang benda penting ini

9. Belajar dari anak kita

Kita sebagai ibu-bapa harus selalu bertanya perkataan-perkataan Bahasa Cina dari anak kita. Macam saya sendiri, saya akan berlakon macam anak saya tu cikgu Bahasa Cina saya. Apa yg dia tahu, dia kena ajar saya. Bermula dari 1,2,3 sehingga ke perkataan-perkataanlain. Ini boleh buatkan anak lebih cepat ingat dan faham.

10. Dapatkan kelas tambahan.

Kelas tambahan sentiasa ada. Tapi kepada yang tak mampu, minta tolong jiran, atau kawan-kawan pejabat yang berbangsa Cina. They are more than happy to help. Kita sahaja yang kadang-kadang skeptikal. Sentiasa ada anggapan negatif sebelum mengetahui realiti sebenar.

Nanti saya akan kongsi lagi. Harap membantu sedikit sebanyak terutama kepada ibu-bapa yang ingin menghantar anak-anak ke sekolah Cina.

Sumber : Ahmad Wildan Ismail

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×