40 Minggu

8 Perkara ‘Normal’ Ibu Akan Lalui Bila Mengandung Anak Kedua

5.4K
SHARES

Ibu-ibu mesti ingat kali masa kali pertama disahkan hamil, biasanya macam-macam nasihat orang akan berikan pada kita. Yalah, belum ada pengalaman. Kita excited dan buat banyak persediaan sebab tak tahu apa yang nak dijangka.

Tapi bila masuk kehamilan kedua, kebanyakan sangkaan kita pula mungkin meleset walaupun kita rasa kita sudah cukup bersedia.

8 Perkara ‘Normal’ Yang Ibu Akan Lalui Bila Mengandung Anak Kedua

Ini antara perkara yang kebanyakan ibu bakal lalui bila mengandung dan melahirkan anak kedua. Sama tak?

1. Rasa Bersalah

Percaya atau tidak, walau berapa tahun ibu-ibu cuba menjarakkan kelahiran anak kedua, pasti akan terselit perasaan ‘bersalah’ terhadap anak sulung. Perasaan ini akan muncul sejak ibu mula mengandung dan berasa sarat, letih, dan kurang bertenaga untuk memberi perhatian kepada anak sulung. Dalam masa yang sama, ibu juga mula risau tentang penerimaan anak sulung terhadap bakal adiknya.

Bila anak kedua dah lahir, ibu akan rasa berbelah bagi pula dan berharap setiap masa dapat diperuntukkan untuk kedua-dua anak dengan adil. Namun, ibu jangan terlalu stres ya kerana ini semua adalah normal. Tiada istilah pilih kasih kerana setiap anak berbeza dan terlalu istimewa di hati ibu. Setiap yang bergelar ibu pasti akan memahaminya, bukan?

hamil anak kedua

Foto Kredit: healthline.com

2. Ianya Tak Semudah Yang Disangka

Kebanyakan ibu mungkin menganggap kehamilan kali kedua sepatutnya lebih mudah berbanding kehamilan pertama. Tapi sebenarnya, banyak juga perkara yang ibu akan lupa – atau apa yang dilalui memang tak sama dengan sebelumnya.

Kita rasa kita tak akan kekok lagi bila memegang bayi baru lahir. Kita ingat kita akan lebih bersedia untuk berjaga malam. Namun jangan terkejut bila anda akan berpandangan sesama sendiri dengan pasangan apabila melalui detik-detik ‘sukar’ semasa menguruskan anak kedua. Bahkan, anda berdua mungkin lebih cepat panik berbanding dulu!

Foto Kredit: themotherofnine9.wordpress.com

3. Penyusuan Badan Tetap Mencabar

Bukan semua ibu yang berjaya menyusukan bayi hingga cukup 2 tahun penuh dapat mengulangi kejayaan mereka semula. Walaupun anda kini lebih faham istilah dan mempunyai pengalaman serta ilmu penyusuan badan, ia tetap akan memberi cabaran tertentu.

Walau apa pun, jangan rasa terlalu tertekan jika hal ini berlaku kerana ibu-ibu dahpun berusaha yang terbaik untuk setiap anak mereka.

Foto Kredit: preciouslittlesleep.com

4. Cuti Bersalin Lebih Memenatkan

Ingat lagi tak masa bersalin anak pertama, tempoh cuti bersalin terasa lebih tenang kerana tiada sesiapa di rumah apabila suami keluar bekerja. Sedikit sebanyak, anda dapat memfokuskan perhatian, menyusu, dan bercakap dengan bayi.

Tapi kalau dah ada anak sulung, (lebih-lebih lagi anak yang masih kecil), jangan haraplah kita dapat buat semua itu lagi. Kadang-kadang berpantang pun rasa macam tak berpantang. Tambahan pula kalau anak sulung jenis ‘geram’ dan asyik nak sibuk dukung dan cium si adik yang tengah tidur. Makin susahlah ibu nak berehat.

Foto Kredit: Parents Magazine

5. Ibu Perlukan Lebih Banyak Bantuan

Dengan kelahiran anak kedua, anda kini bukan saja memerlukan bantuan untuk menguruskan bayi, malah anda amat perlukan seseorang untuk memberi perhatian kepada anak sulung serta menguruskan kerja-kerja rumah.

Selain itu jangan lupa, kesihatan anda selepas bersalin juga mesti diutamakan tau!

Foto Kredit: sinar.fm/

6. Stroller & Baby Carrier Adalah ‘Penyelamat’ Anda

Sebelum ini, kalau terlupa bawa stroller atau baby carrier, anda masih boleh ‘beraksi’ di tempat awam. Tapi sekarang bila dah 2 anak, rasa tak cukup tangan kalau tak bawa salah satunya – terutamanya kalau anda keluar berseorangan dengan anak tanpa pasangan. Memang boleh jadi haru-biru dibuatnya!

Masa ini jugalah anda akan rasa macam nak beli twin stoller walaupun anak sulung dah semakin besar.

tips hamil anak kedua

Foto Kredit: activemum.ie

7. Anda Dah Tak Bawa Banyak Barang

Biasalah mak-mak, kalau pergi ke mana-mana dengan bayi, mesti akan packing macam nak balik kampung walaupun cuma ke pasaraya depan. Kalau masa first time dulu, semua barang rasa ‘perlu’ – baju spare, kain lap, lampin, mainan, botol susu, dan sebagainya. Tapi itu dulu.

Sekarang, mungkin anda dah tak berapa kisah nak bawa semua barang itu lagi. Kalau emergency pun, anda tahu apa yang anda akan buat, kan?

www.youtube.com

8. Kurang Cerewet Tentang ‘Peraturan’

Masa anak sulung dulu, kita cuba tetapkan rutin atau ‘peraturan’ yang paling tip-top. Contohnya, mesti sediakan makanan homemade, tak boleh bagi makanan diproses, tak boleh tengok TV atau gajet lebih 30 minit, mesti tidur awal, selalu pula buat aktiviti pembelajaran ala Montessori. Siap join group dan kelas-kelas lagi.

Ironinya, bila dah ada anak kedua, momentumnya mungkin berkurang. Atau lebih tepat lagi, anda lebih sibuk. Anda kini lebih berkompromi dan kurang cerewet lagi tentang apa yang pernah anda ‘perjuangkan’ dulu.

Foto Kredit: www.ratemds.com

Apapun, Kelahiran Anak Kedua Tetap Istimewa

Walaupun semua ini mungkin kedengaran kelakar, tapi inilah antara perkara ‘normal’ yang akan dirasakan atau dilalui oleh seorang ibu semasa hamil dan setelah melahirkan anak kedua.

Sungguhpun begitu, seorang ibu tak pernah membezakan kasih sayang mereka antara satu sama lain. Anak pertama, kedua, ketiga, atau seterusnya – setiapnya cukup istimewa dalam hati ibu!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×