DIY & Kraf

Tips DIY ‘Cleaning Station’ Di Rumah Supaya Barang Tersusun Rapi & Mudah Dicari!

0
reads

Persekitaran rumah yang bersih dan teratur adalah antara kriteria yang diidamkan oleh setiap wanita khususnya ibu. Sudah menjadi kebiasaan apabila mempunyai anak-anak kecil di rumah, setiap barang yang disusun rapi pasti tidak akan bertahan lama. Jadi, amat penting juga untuk kaum ibu menyusun dan mengasingkan barang terutama barang mencuci yang mengandungi bahan kimia di tempat yang asing. Macam mana nak mulakan proses menyusun atur cleaning station ini? Jom kita tengok contoh.

Cleaning station dan “cleaning caddy”

Walaupun rumah sewa kitorg kecil comel je, hani sediakan satu ruang khas : cleaning section untuk hani letak semua barang membersih dan agen pembersihan kat sini supaya senang nak cari dan lebih organised.

Tips mengadakan cleaning section dekat rumah

-Sediakan sebuah almari @ rak untuk menyimpan barang membersih

-Gunakan bakul @ bekas, kumpulkan barang yang dalam satu kumpulan disatu tempat. Contohnya agen pembersihan pakaian satu bakul, sabun-sabun membersihkan pinggan mangkuk satu bakul. Bila guna bakul nampak lebih kemas dari biar je berlonggok di satu tempat/para.

-Sediakan satu cleaning caddy (mudah alih) supaya senang nak dibawa ke mana- mana bila nak buat deep cleaning kat mana-mana bahagian rumah.

-LABEL. Key to organising is label jangan takut-takut nak melabel. Bila label kita tahu mana satu-satu tmpt untuk setiap barang. So tangan kita akan ringan je rasa nak mengemas dan meletakkan satu barang pada tempatnya so less clutter.

Multi-purpose cloth.

-Kalau ada anak-anak kecil lagi (baby and toddler) pastikan agen-agen pembersihan letak di rak atas-atas yang tak mudah dicapai. Sabun basuh baju letak kat bawah sbb aqil dah faham benda tu bukan mainan.

-Tutorial menyediakan cleaning caddy kat rumah

-Sediakan satu bekas/bakul/baldi khas utk simpan barang-barang membersih ni. Pastikan bekas cukup besar dan senang nak diangkut ke mana-mana. Kalau ada handle lagi bagus.

DIY Surface cleaner

Cara DIY cleaner

250ml air biasa (air paip)
50ml cuka (cuka murah2 je cuka sintetik pn ok)
3 sudu plastik dish soap (hn guna Joy)
1 sudu plastik dettol

-Sediakan dua caddy berbeza. Satu untuk bilik air dan satu untuk pembersihan bahagian lain kat rumah.

Untuk mencuci tandas.

Happy organising and happy cleaning!

Sumber : Hani Mynis

Yang Popular

To Top