Setiap kali disahkan hamil pasti ibu-ibu teruja mahu menyambut kehadiran si kecil. Lebih-lebih lagi jika itu merupakan zuriat pertama bersama suami tersayang. Ada juga ibu di luar sana yang mengimpikan untuk dikurniakan zuriat perempuan. Hal ini kerana sebelum ini sudah dikurniakan anak lelaki.
Pasti pelbagai tips sudah dicuba demi mendapatkan anak perempuan. Apa kata kali ini kalian cuba tips yang dikongsi oleh seorang doktor di laman TikTok. Tak salah untuk mencuba. Betul tak?
Baca juga: 5 Petua Untuk Pasangan Dapatkan Baby Girl, Boleh Cuba!
DOKTOR KONGSI TIPS NAK DAPATKAN ANAK PEREMPUAN
Menerusi Dr Raihana, jantina anak ditentukan oleh kromosom yang dibawa oleh sperma. Jadi, sperma yang akan menentukan jantina bayi lelaki atau perempuan.
Sperma yang membawa jantina perempuan sifatnya adalah berenang perlahan dan suka dalam keadaan panas. Dr Raihana mencadangkan ketika lepas bersama si suami, si isteri boleh berendam dalam bath tub menggunakan air suam atau mandi menggunakan air suam.
Selain itu, si suami dan isteri perlu makan makanan berasid seperti nanas, pisang, anggur hijau, keju dan sebagainya. Sperma yang membawa jantina perempuan ini bergerak perlahan jadi anda perlu bersama pasangan sehari selepas waktu subur atau ketika waktu subur.
VIDEO PENUH:
*Semoga anda semua dikurniakan bayi yang sihat.
Sumber: TikTok Dr Raihana Ismail