40 Minggu

Sudah 10 Kali Pregnancy Test, Wanita Ini Kongsi Luahan Sering Dipersoalkan Tentang Zuriat

172
SHARES

“Bila nak pregnant tu? Dah lama kahwin…”

Ini mungkin adalah soalan yang sering dihadapi oleh para wanita yang sudah lama berkahwin dan masih belum menimang cahaya mata. Memang pedih hati bila disoal mengenai zuriat yang ternyata urusan tersebut berada luar dari kemampuan kita. Namun, kata orang mulut tempayan boleh ditutup mulut manusia bagaimana? Inilah perkongsian seorang wanita di laman Instagramnya dimana beliau meluahkan rasa sedih apabila sering dipersoalkan mengenai zuriat. Bukan itu sahaja, ada nasihat juga untuk mereka yang selalu ‘pertikaikan’ urusan rezeki orang lain tersebut.

PREGNANT LAGI KE?

Bismillah, I hope my words kalini akan buka minda & hati everyone, include myself. Aisyah tengah demam sekarang, I know you guys are so caring & loving. You guys mmg selalu updated about my life, my holiday trips. Thanks to followers. Im so happy & grateful.

But, kadang tu bila I sakit, mesti akan ada yang tanya “Aisyah pregnant ke?”. I tak marah bila you guys tanya. Typical me, I akan terus pergi beli pregnancy test & check. But unfortunately Im not. Then, bila I demam lagi, ada yg kata “ni mesti pregnant ni, muka pun mcm pregnant”. Bila jumpa orang, pun ckp mcm tu “demam ni pregnant ke? Ada bawa something daripada Turki?”. Guys, I’ve bought more than 10 pregnancy tests, and all of them were negative. Sometimes I rasa fed up juga. Marriage isnt only for babies though. Mestilah utk anak, but you cannot expect whenever I pergi holiday, I akan bawa baby. Itu rezeki Allah. Tipu la kalau kata I tak jealous dgn kawan lain. But I know, Allah dah atur yg terbaik utk I, mesti Im not ready yet to be a mother sbb tu Allah tak bagi.

KALAU BUKAN REZEKI, TAK DAPAT JUGA

Ada banyak lagi tests yang I beli, then I buang sebab I malas nak tengok. I paling annoyed bila orang bagi tips utk buat anak. Buat cara ni la teknik ni la. I’M NOT A TOY. Women are not toys. Kalau bukan rezeki, you buatlah style apa pun tak dapat juga.

Kalau tanya sekali is fine, tapi kalau dah berpuluh kali, its annoying. Jiran pun tegur “ni mesti rancang kan?”. Wallahi Im not. I sampai minta Alif kahwin lain, because I rasa I cannot give him children. I know ramai perempuan rasa mcm I rasa.

Sometimes kita niat gurau dgn orang, tapi bagi some people, itu bukan gurauan lagi. Ada org DM I juga kata dia nak cerai sbb org asyik tanya pasal baby, and dia still tak pregnant. Ada juga org yg x nak jumpa family dah sbb asyik tanya. Ada yg sampai nak makan pil, biar mati terus. Can we mind our own businesses? Semoga manfaat utk semua. Im sorry if Im offending anyone here

Conclusion, mind our own businesses. Always be empathy. Keep praying for all women in the world. Assalamualaikum & night dear people.

Sumber : Aisyah Hijanah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×