Percutian

Hati-Hati Bercuti Ke Kundasang, Kalau Pertama Kali Kena Baca Tips Ini Dulu

94
SHARES
TIPS BERCUTI KE KUNDASANG

Untuk anda yang tak pernah jejak kaki atau pertama kali sampai ke Sabah, tips bercuti ke Kundasang yang dikongsikan oleh pengguna Facebook ini memang wajib dibaca.

Tak lengkap percutian kalau tak ikut semua tips di bawah ini kerana semuanya penting dan berguna. Jom kita baca!

Baca juga: Rancang Bercuti Di Kundasang Sabah, Ini 20 Senarai Homestay, Booking Cepat Sebelum Penuh!

SEBELUM PERGI, WAJIB BACA TIPS BERCUTI KE KUNDASANG INI

TIPS BERCUTI KE KUNDASANG

1. Jika anda merancang hendak melancong sendiri tanpa pemandu pelancong, dinasihatkan untuk menyewa kenderaan bermula dari airport Kota Kinabalu.

Ini kerana lebih jimat dan murah jika menggunakan perkhidmatan kereta sewa pandu sendiri berbanding menggunakan teksi.

2. Jika merancang untuk menggunakan perkhidmatan ejen, pastikan ejen berkenaan adalah syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan & MATTA.

Jika ada sebarang masalah semasa trip, syarikat yang berdaftar akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan masalah anda dengan cara paling cepat dan profesional.

3. Dicadangkan untuk paling kurang bercuti di Kundasang adalah 4 hari 3 malam atau 5 hari 4 malam.

4. Di Sabah memang terkenal dengan makanan laut yang murah dan berbaloi terutamanya di Kota Kinabalu. Antaranya adalah restoran gayang di Jalan Gayang, restoran nelayan di Bukit Padang, pak andi’s seafood di Tanjung Aru, welcome seafood di Jalan Asia City.

Kalau nak jimat dan murah, boleh berkunjung di Bulatan Todak berhampiran Pasar Besar Kota Kinabalu. Di sana banyak gerai-gerai menjual makanan laut yang segar, sedap dan murah.

Harga ikan di antara RM3.50 – RM5.00 sekilogram termasuk masakan. Murah kan?

TIPS BERCUTI KE KUNDASANG

5. Jika anda menyewa kenderaan, pastikan beli siap-siap kupon parking yang banyak dijual di pondok-pondok DBKK, kedai 24 jam atau datang terus ke pejabat Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.

Di Kota Kinabalu khususnya, kalau nak parkir kenderaan kena sediakan kad kupon parkir ini untuk mengelakkan kenderaan anda disaman.

6. Jika meletakkan kenderaan di bawah jambatan yang berhadapan Pasar Besar Kota Kinabalu, pastikan anda parkir sehingga tengah hari sahaja.

Jika selepas tengah hari, tempat parkir kereta di kawasan itu akan digunakan oleh peniaga kecil untuk menjual pelbagai jenis makanan kering dan basah.

7. Jika bermalam di homestay sekitar Kundasang, pastikan anda dah beli siap-siap bahan mentah untuk BBQ. Beli di Pasar Besar Kota Kinabalu. Jangan beli di Kundasang kerana harganya lebih mahal.

30 LOKASI MENARIK WAJIB SINGGAH

TIPS BERCUTI KE KUNDASANG

Lokasi menarik di sekitar Kundasang & Ranau 

(Area Kg Mesilau)
1. Maragang Hill
2. Mesilau Highland Strawberry Farm
3. Mesilau cat’s Village
4. Desa Dairy Farm
5. Sosodikon Hill
6. Jic Seng Nursery
7. Atv Borneo Adventure

(Area Pekan Kundasang)
8. Kundasang War Memorial
9. Gerai sayur&buah buahan Kundasang
10. Crystal Hill
11. Tinorindak Hill

(Dari KK otw ke Kundasang)
12. Pekan Nabalu
13. Kinabalu Park
14. Kundasang Mount Valley Recreation

(Dari Kundasang otw ke Ranau)
15. Bw Bus Restaurant
16. Little Wonderland
17. Arnab Village
18. Hamster World

(Area Ranau)
19. Ranau Rabbit Farm
20. Bombon Kg Marakau
21. Atv & Ranau Paragliding Park
22. Sungai Biru Lohan Ranau
23. Luanti Fish Spa
24. Sabah Tea
25. Poring hot spring
26. Lohan Paragliding Valley
27. Adenna Refflesia Garden
28. Damai Eco Ranch
29. Arnab Farm Sejati
30. Kinomulok Garden

Lokasi menarik di sekitar Kota Kinabalu

TIPS BERCUTI KE KUNDASANG

1. Masjid Bandaraya @ The Floating Mosque Kota Kinabalu
2. Menara Tun Mustapha
3. Muzium Kota Kinabalu
4. Masjid Negeri Sembulan
5. Pulau Manukan
6. Pulau Sapi
7. Pulau Gaya
8. Pulau Mamutik
9. Pulau Mari-Mari Sepanggar
10. Waterfront Seafood Night Market
11. I LOVE KK Sign
12. Strret Art Graffiti Galery
13. Pasar Gaya
14. Cowboy Town Tuaran
15. Kota Kinabalu Waterfront
16. Pantai Tanjung Aru
17. Perdana Park
18. Marine Muzium Kota Kinabalu
19. Kota Kinabalu Wetland Centre
20. Kokol Haven Resort
21. Shangri-La Rasa Ria Resort Nature Reserve
22. Zip Borneo
23. Double Six Monumen
24. Signal Hill Observatory Platform
25. Mari-Mari CUltural Village
26. Taman Hidupan Liar Lok Kawi
27. Jesselton Point Waterfront
28. Kota Kinabalu Upside Down House
29. Jambatan Gantung Tamparuli
30. Kiulu Water Rafting
31. Atkinson Clock Tower
32. Borneo Ant House
33. Chocolate Factory
34. Pasar Filipina
35. Jamilah Jewellery

Lokasi melihat monyet Probiscis & Kelip-Kelip malam

1. Kliar River Cruise
2. Pilajau River Cruise
3. Kawa-Kawa River Cruise Kota Belud
4. Weston River Cruise

Semoga bermanfaat dan selamat bercuti!

Baca juga: 20 Senarai Homestay Ada Private Pool Di Terengganu, Seronok Bawa Anak Bercuti!

Sumber: Facebook Suza Holidays

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×