DIY & Kraf

Tips Bahan Basah Tahan Sehingga 3 Hari Untuk Camping, Guna Cara Ini!

12
SHARES

Aktiviti camping merupakan salah satu aktiviti terbaik anda boleh cuba lakukan pada hujung minggu. Lebih menyeronokkan kerana dapat menenangkan fikiran sambil menikmati keindahan alam semula jadi ditemani bunyi unggas dan kicauan burung.

Antara alatan penting perlu dibawa pastilah peti kecemasan supaya dapat digunakan jika berlaku kecederaan lebih-lebih lagi camping di dalam hutan. Selain itu, jika anda gemar memasak dan membawa bahan-bahan basah seperti ikan, sosej dan sebagainya, ini antara tips boleh dicuba dan mampu bertahan sehingga tiga hari. Wah!

Baca juga: Ibu Ini Kongsi 4 Alatan Camping Wajib Ada, Barulah Selesa & Syok!

TIPS BAHAN BASAH TAHAN SEHINGGA 3 HARI UNTUK CAMPING

Just nak sharing macam mana kami buat bahan basah kami bertahan camping 3 hari 2 malam dan balik masih sejuk lagi box kami.

Sebelum ni kami guna box putih dan beli ais. Jadi ais akan cair cepat dan kalau dapat bertahan pun 2 hari 1 malam sahaja. Itu pun tengahari dah tak sejuk dah.

Jadi kami guna air mineral atau minuman botol-botol kecik ni dan bekukan betul-betul beku. Bila nak ke campsite kami jadikan botol air yang beku ni sebagai cooler.

Box masih guna box putih tu je. Alhamdulillah ayam, daging waktu malam masih berais dan esoknya masih sejuk lagi. Masa nak checkout pun masih sejuk lagi.

Dalam masa yang sama, kalau teringin nak minum ais kami terus je potong botol ambil ais untuk buat air. Kalau dulu beli ais kiub tu cepat je cair. Tak merasa nak layan air ais waktu panas lit lit.

Alhamdulillah dah dapat penyelesaian untuk barang basah. Ini lebihan yang tinggal masih sejuk-sejuk manja bila sampai lewat petang ke rumah. Kami bekukan balik untuk next trip

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna Facebook turut menggunakan tips sama yang dikongsi oleh Nor Marshaliza Shaidan.

Sumber: Facebook Nor Marshaliza Shaidan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×