Rakyat

Tiga Skim Sudah Berakhir, Tiada Lagi Pengeluaran KWSP

22
SHARES

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak bercadang membenarkan lagi pengeluaran oleh pencarum menerusi idea i-Ceria dilontarkan Ahli Parlimen semalam.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, apa yang utama adalah memenuhi mandat untuk membina semula simpanan hari tua pencarum.

Baca juga: Tidak Boleh Bergantung Tabung KWSP Setiap Kali Bencana

TIGA SKIM SUDAH BERAKHIR, TIADA LAGI PENGELUARAN KWSP

Menerusi laporan Harian Metro, temph bagi tiga skim pengeluaran sudah pun berakhir iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra.

“Tiga skim itu sudah pun berakhir (kemudahan pengeluaran terakhir adalah i-Citra pada bulan lalu).

“Adalah penting bukan hanya melihat kepada permintaan itu (idea i-Ceria) tetapi juga konteks utama KWSP seperti yang saya bentangkan iaitu mengutamakan bekalan simpanan untuk pekerja yang sudah bersara,” jelasnya.

Beliau juga berharap agar rakyat Malaysia tidak lagi mengeluarkan KWSP sebelum tempoh bersara kerana untuk memudahkan kehidupan sewaktu persaraan.

“Saya harap kita tak payah keluar lagi (mengeluarkan KWSP sebelum tempoh masa bersara). Peranan kita adalah memudahkan kehidupan ahli sewaktu persaraan,” ujarnya.

Terdahulu dalam pembentangannya, beliau turut menjelaskan pengeluaran KWSP yang sudah dibuat ahli dalam tempoh pandemik Covid-19. Ia membabitkan RM20.8 bilion pengeluaran i-Lestari bagi tempoh April 2020 hingga Mac 2021.

Kesan pengeluaran awal KWSP itu adalah agak membimbangkan kerana ramai ahli berisiko hidup dalam kemiskinan sewaktu persaraan.

“Orang tua tak cukup simpanan untuk bekalan perbelanjaan menjalani kehidupan seharian yang menjadi kebimbangan kami di KWSP. Malaysia negara menua atau akan mempunyai jumlah warga tua yang ramai,” katanya.

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×