Kini Trending

Tiada Sekatan Dikenakan Untuk Kanak-Kanak Yang Tidak Vaksin- KJ

37
SHARES

Umum mengetahui mengenai vaksin untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun sudah diluluskan oleh pihak berkuasa. Justeru itu, kerajaan tidak akan mengenakan sekatan kepada kanak-kanak yang tidak mendapat vaksin COVID-19.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata golongan itu tidak akan disekat seperti golongan dewasa yang tidak divaksin, kerana Program Imunisasi COVID-19 Kanak-kanak (PICKids), adalah tidak wajib.

Baca juga: #PICKids: Senarai Kumpulan Kanak-Kanak Layak Terima Suntikan Vaksin Covid-19

TIADA SEKATAN DIKENAKAN UNTUK KANAK-KANAK YANG TIDAK VAKSIN

Menurut laporan Astro Awani, ibu bapa amat digalakkan untuk mendaftarkan anak masing-masing di aplikasi MySejahtera (MySJ), demi melindungi mereka daripada COVID-19.

“Daftar anak anda (5-11 tahun) untuk #PICKids di MySJ. Lindungi mereka dari COVID-19,” katanya.

Minggu lalu, Khairy memaklumkan sistem tempahan janji temu pemberian vaksinasi kanak-kanak melalui MySJ akan dibuka pada akhir bulan ini, bermula di Lembah Klang dahulu.

Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan 70 peratus kanak-kanak lima hingga bawah 12 tahun dalam sistem pendidikan, dapat diberikan dos satu vaksin Pfizer (kanak-kanak) dalam tempoh dua bulan dari tarikh program dilancarkan pada awal Febuari 2022, dan 80 peratus akan menerima dos lengkap dalam tempoh enam bulan.

KKM ketika ini mengambil pendekatan tidak membenarkan kebebasan tertentu dinikmati individu yang lengkap divaksin kepada kumpulan antivaksin, yang antara lain ialah kebenaran makan di restoran.

Sumber: Astro Awani

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×