Kini Trending

#PICKids: Senarai Kumpulan Kanak-Kanak Layak Terima Suntikan Vaksin Covid-19

19
SHARES

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah meluluskan pemberian vaksin Covid-19 kepada kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, keputusan dibuat melalui Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-368 yang bersidang pada 6 Januari 2022.

Baca juga: Ibu Bapa Tak Perlu Risau, Vaksinasi Kanak-Kanak 5-11 Tahun Selamat – Pakar

SENARAI KUMPULAN KANAK-KANAK LAYAK TERIMA SUNTIKAN VAKSIN

Terbaharu, menerusi hantaran Facebook rasmi milik Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin COVID-19 (JKJAV), terdapat senarai kanak-kanak yang akan diberi keutamaan untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 jenis Comirnaty 10mcg Concentrate.

Kumpulan kanak-kanak yang manakah yang akan diberi keutamaan dalam #PICKids?

Siapa yang layak:

  • Kanak-kanak berumur 5 hingga bawah 12 tahun disarankan menerima vaksin Covid-19

Siapa yang tidak layak:

  • Ada sejarah reaksi alahan teruk terhadap ubat, makanan
  • Reaksi alahan dalam masa 72 jam terhadap dos vaksin pertama atau mana-mana kandungan vaksin Covid-19

Baca juga: [TERKINI] KKM Lulus Kanak-Kanak 5-11 Tahun Boleh Terima Vaksin!

Kerajaan akan memulakan Program Imunisasi COVID-19 bagi kanak-kanak 5 hingga bawah 12 tahun bermula Februari ini. Setakat ini hanya dos pediatrik vaksin Pfizer-BioNTech/Corminaty yang telah diluluskan untuk kanak-kanak kategori umur ini. Ia telah dibuktikan selamat dan berkesan.

*Jangan lupa daftarkan anak-anak jika layak menerima vaksin.

Sumber: Facebook JKJAV

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×