Rakyat

Terperangkap Dalam Lif Klinik, 3 Bayi Usia 6-14 Hari Terlibat

353
SHARES

Malang tidak berbau. Itulah ungkapan yang sesuai menggambarkan situasi yang dialami oleh tujuh orang yang terperangkap di dalam li. Kejadian tersebut dikatakan berlaku di Alor Setar ketika mahu membuat pemeriksaan kesihatan. Tiga orang daripada mereka merupakan bayi berusia lingkungan enam hingga 14 hari.

Peristiwa ini diceritakan oleh seorang pengguna Facebook bernama Che Mat yang hadir bersama isteri dan anaknya untuk membuat pemeriksaan. Malangnya, mereka dan beberapa orang lain telah terperangkap selama kira-kira 10 minit tanpa pengudaraan dan cahaya yang baik.

Baca juga: [VIDEO] “Sepatutnya Sama Tarikh Vaksin”- Ibu Meninggal Dunia Akibat Sakit Jantung

TERPERANGKAP DALAM LIF KLINIK, 3 BAYI TERLIBAT

Benda yang sangat serius. Hari ini rutin check baby dengan ibu dekat Klinik Kesihatan Bandar Alor Setar. Satu-satunya lif di bangunan utama kelinik,stop dan blackout terus lampu,kipas loceng semua tidak function.

Dalam lif ada tiga orang ibu dan baby bersama aku. Keadaan dalam lif total gelap,hanya mengharapkan lampu dr hp,lif mengeluarkan kan suatu bunyi yang agak nyaring,untung ada orang kat luar yang perasan lif terhenti.

Hampir 10 minit dalam lif yang gelap tanpa pengudaraan dan cahaya, bayangkan dalam lif ada 3 ibu baru lepas bersalin dan 3 orang baby yang baru berumur 5-17 hari. SOP KKM hanya seorang peneman baby dibenarkan masuk, nasib baik aku boleh masuk pasal nak cek ibu dan anak. kalau tak,tak tahu la. Hanya selepas seminit blackout, ibu-ibu yang masih lemah ni akan akan panik,mula rasa pening.

Bomba sampai,maintenence juga sampai. Cubaan membuka lif dengan mengunakan besi dawai, woi agak-agak la..dari dalam aku tengok dok jolok,tak kena point, last aku tanya,nak saya tolong tolak ka?adoii!!!

Cepat-cepat maintenence larikan diri bila bomba mula menekan tanya mana kunci.rupanya depa taknak bomba pecahkan lif,kalau pecah lif kena ganti,pasal tu dok guna dawai untuk buka lif. Benda ni.membahayakan nyawa ditempat yang sepatutnya menyelamatkan nyawa.

Bayangkan kalau tak ada lelaki dalam lif tu,dengan ada ibu yang dah mula pening,dengan baby dan nasib kami sendiri call bomba untuk bantuan.

Alhamdulillah, syukur semuanya selamat dengan bantuan pihak bomba. Pantas!

Sumber:  Facebook Che Mat

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×