Famili

[VIDEO] “Sepatutnya Sama Tarikh Vaksin”- Ibu Meninggal Dunia Akibat Sakit Jantung

94
SHARES

Kehilangan ahli keluarga merupakan satu perkara yang digeruni ramai namun haruslah reda meskipun perit dan pahit untuk ditelan. Seperti kisah yang dikongsi di TikTok oleh seorang gadis dikenali sebagai Huda Zainon yang kehilangan ibu tersayang dua hari sebelum tarikh kedua vaksinasi mereka. Sebak…

Baca juga: [VIDEO] Pemuda Terduduk Tengok Pusara Ibu & Kakak Selepas 6 Bulan Dalam Penjara, Sebak…

“SEPATUTNYA SAMA TARIKH VAKSIN…”

Menerusi video yang dikongsi itu, Huda dan ibu tersayang menerima suntikan vaksin dos pertama pada tarikh yang sama tetapi pada dos kedua, dia hanya pergi seorang diri tanpa ibunya disisi.

Hal ini kerana ibunya telah dimasukkan ke hospital akibat sakit jantung dan ditidurkan.  Dia menjelaskan ibunya mengalami masalah sukar bernafas pada pukul 3.00 pagi dan bacaan oksigen juga semakin menurun.

Doktor juga berpesan agar menerima sebarang kemungkinan yang bakal berlaku kerana jantungnya tidak dapat berfungsi dengan baik.

“Doktor suruh buat pilihan sama ada nak buat electric shock paling kuat atau masukkan ubat. Dengan ubat berkesan insyaAllah mak boleh sihat. Kalau tak doktor terpaksa stopkan mesin. Kalau buat electric shock risiko tinggi tulang rusuk mak akan patah,” luahnya.

PERKARA PALING TAKUT DAH JADI

Perkara dugaan yang diharungi, ibu tersayang pergi juga meninggalkan mereka. Dia menerima panggilan telefon daripada pihak hospital kerana keadaan arwah ibunya yang tenat dan oksigen semakin menurun.

Semasa urusan jenazah dibuat, suami arwah ibunya hanya termenung mengenangkan pemergiaan isteri tercinta dan tiada lagi peneman di rumah.

“Masa urus jenazah, ayah termenung je, ayah kata sunyi la tinggal kita je,”

Ruangan komen sudah pasti dibanjiri komen warganet yang turut mendoakan agar arwah ibunya ditempatkan dikalangan orang beriman selain berharap agar Huda dan keluarga sentiasa kuat menghadapi ujian daripada Allah SWT.

Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman. Amin. Al-fatihah…

Sumber: TikTok Huda Zainon

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×