Percutian

Terokai Pancawarna Gunung Pelangi Memukau, Ini 5 Sebab Lanzhou Wajib Jadi Travel Bucket List

49
SHARES

Sebut saja China, apa yang terbayang di fikiran adalah salah satu 7 keajaiban dunia, Tembok Besar China yang ikonik, menjadi identiti negara berkenaan sejak sekian lama. Mungkin ramai yang masih tidak tahu mengenai destinasi pelancongan di republik itu, Lanzhou, ibu negeri Wilayah Gansu yang digelar sebagai bandar yang berbaloi-baloi dikunjungi untuk pencinta alam semulajadi.

Ini sebab kenapa Lanzhou patut termasuk dalam senarai wajib kunjung anda untuk percutian seterusnya bersama yang tersayang mahupun rakan-rakan.

Mee tarik Lanzhou

Tidak sah kalau ke Lanzhou jika tidak mencuba hidangan mee tarik asli di wilayah itu. Semangkuk mee dihidangkan dengan hirisan daging lembut, kuah berempah beraroma dihirup panas-panas, pastinya menambat selera sesiapa yang menikmatinya.

Hidangan ini popular di bandar berkenaan dan menjadi menu wajib ketika sarapan bagi warga tempatan.

Xinglong Mountain Park

Taman ini menjadi pilihan paling tepat untuk mereka yang mahukan ketenangan dikelilingi hutan semulajadi yang menjadi habitat ratusan flora dan fauna. Bukit Xinglong dan Bukit Qiyun dipisahkan dengan Lembah Xinglong serta jambatan Yunlong, namun anda boleh menaiki kereta kabel untuk panorama berbeza dan memukau pandangan.

Menjamu selera di Pasar Malam Zhengning Road

Menyajikan aneka makanan jalanan dengan harga berpatutan, pasar malam ini menjadi tumpuan orang ramai untuk merasa sendiri juadah tempatan. Antara hidangan popular adalah seperti daging biri-biri beserta perut, makanan cucuk-cucuk atau skewers dan pastinya mee tarik.

Kacang walnut yang dikatakan terbaik di China juga boleh didapati di sini. Memang patut dibeli dan dicuba sendiri.

Melihat keajaiban Rainbow Mountain

Zhangye Danxia Geological National Park atau dikenali sebagai Gunung Pelangi dilabel sebagai lokasi tarikan pelancong tercantik di China. Gunung aneka warna itu terjadi hasil hakisan batu pasir merah membentuk puncak pelbagai, ditambah pula dengan keadaan persekitaran seperti hakisan air dan angin sekaligus membentuk jaluran warna pelbagai tona.

Menyusuri Yellow River dengan rakit tradisional

Yellow River adalah antara sungai terpenting di China. Sungai ini telah menjadi jalan perhubungan dan memakmurkan ratusan bandar di sepanjang tebingnya. Mungkin ramai yang menyangka sungai ini tercemar dek warnanya yang keruh namun warna tersebut adalah warna selut yang mengalir di sepanjang sungai tersebut.

Untuk pengalaman sekali seumur hidup, pelancong boleh menyewa rakit dari kulit biri-biri dan menyusuri sungai seperti di zaman dahulu kala.

AirAsia pun terbang ke Lanzhou

Bagi anda yang mahu merasai sendiri keenakan mee tarik asli Lanzhou ataupun melihat di depan mata keindahan Gunung Pelangi, tak perlu tunggu lagi kerana AirAsia sudah pun melancarkan penerbangan ke sana dengan harga tiket promosi!

Tambang termasuk semua untuk ahli bermula dari RM209 bagi tempat duduk biasa untuk penerbangan sehala. Tetamu juga boleh menempah hotel di Lanzhou dengan hanya perlu Log masuk ke laman web airasia.com atau aplikasi mudah alih AirAsia.

Harga promosi tempahan ini bermula dari sekarang sehingga 5 Mei 2019, bagi tempoh perjalanan 1 Mei 2019 hingga 30 September 2019. Apa tunggu lagi, tempahlah sekarang!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×