Famili

5 Tempat Penginapan Bajet Bawah RM 200 Semalam Di Pulau Langkawi, Kedah. Menarik!

1.4K
SHARES

“Nak pergi bercuti, tapi tengok hotel-hotel semua mahal je ni…”

Musim cuti sekolah telah pun tiba dan inilah masanya untuk anda bercuti bersama keluarga! Tapi, nak ke mana ya? Haa, kalau anda masih belum merancang ke mana lokasi percutian tu, apa kata anda berkunjung ke Pulau Langkawi, Kedah. Memang merupakan salah satu tempat perlancongan yang menarik dan terkenal, Pulau Langkawi turut menyediakan rangkaian tempat menarik untuk dikunjungi.

http://www.langkawi-info.com/

Bukan itu sahaja, bila nak bercuti salah satu kriteria yang perlu diambil berat adalah tempat penginapan! Jadi, jangan risau kalau nak ke Langkawi tu kerana kami dah senaraikan 5 hotel yang boleh anda pilih. Seronoknya!

HOTEL ‘BAJET’ YANG CANTIK DAN SELESA!

1. The Cabin, Pulau Langkawi

www.tripadvisor.com.my

Menjadi salah satu tempat penginapan yang sangat menarik untuk dikunjungi apabila anda ke Pulau Langkawi, The Cabin sudah tentunya akan memuaskan anda! Terletak di lokasi strategik iaitu di Pantai Chenang, hotel bajet yang mempunyai struktur binaaan yang menarik ini juga terletak bersebelahan Underwater World Langkawi. Memang sangat sesuai lah untuk anda sekeluarga untuk menginap di sini kerana harganya bermula dengan kadar RM 160 semalam sahaja.

Rating: 7/10

http://www.thecabin.com.my/

2. Best Star Resort, Langkawi

www.booking.com

Pilihan kedua untuk penginapan yang bajet dan selesa adalah di Best Star Resort. Turut terletak di lokais strategik iaitu di Pantai Chenang, memang sangat mudah untuk anda sekeluarga meluangkan masa di tepi pantai. Bukan itu sahaja, jika anda tidak gemar untuk mandi air laut tu, anda boleh meluangkan masa di sekitar kolam mandi yang memang dekat sangat dengan pantai! Harga bilik semalam bermula dengan kadar RM 199  sahaja!

Rating : 7/10

www.booking.com

3. Casa Fina Fines Homes Hotel, Langkawi

www.agoda.com

Dengar nama hotel pun dah menarik kan? Casa Fina Hotel ini agak berlainan dengan hotel-hotel lain kerana menggunakan konsep chalet dan seperti rumah di kampung. Memang sangat sesuailah untuk anda yang selalu sahaja berada di bandar dan ingin merasai pengalaman berada di rumah kampung. Bukan itu sahaja, berlatar belakangkan pemandangan Pantai Chenang dan angin laut yang sepoi-sepoi bahasa, pasti akan menenangkan anda. Jadi, jangan ketinggalan untuk menginap di sini dengan harga bermula serendah  RM 123 semalam!

Rating : 7.5/10

www.agoda.com

4. Langgura Baron Resort, Langkawi

http://langgura-baron-resort-langkawi.booked.net/

Salah satu pemilihan tempat penginapa yang menarik untuk seisi keluarga adalah di Langgura Baron Resort yang terletak di Pantai Chenang juga. Kolam mandi yang besar menjadi daya penarik untuk anak-anak menghabiskan waktu cuti sekolah dengan bermain air dalam suasana yang selamat. Bukan itu sahaja, jika anda menginap di Langgura Baron Resort ini, anda hanya perlu jalan kaki sahaja untuk ke pasar malam yang berlangsung pada setiap malam. Boleh shopping juga kan? Memang berpatutan, harga bilik yang besar untuk semalam hanya RM 155 sahaja!

Rating : 7.1/10

5. Paretto Seaview Hotel, Langkawi

www.agoda.com

Nak cari hotel dekat dengan pantai dan pusat membeli-belah agak susah? Jangan risau, kerana anda boleh menginap di Paretto Seaview Hotel dengan selesa dan memuaskan hati! Apa yang menariknya, walaupun mempunyai harga yang berpatutan tetapi keluasan bilik di hotel ini sangat besar! Jadi, tak payah nak reserve banyak bilik sekiranya anda membawa ahli keluarga yang ramai ya. Harga bermula dari RM 176 sahaja dan bilik pun luas macam rumah!

Rating : 7.7/10

www.agoda.com

*Memang menarik betul tempat penginapan di Pulau Langkawi ini. Kalau anda dah ada rancangan untuk ke sini, boleh la jadikan pemilihan hotel-hotel ini sebagai tempat penginapan anda sepanjang berada di sana!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×