Asuh

‘Terlupa’ Ada Anak Dalam Kereta, Budak Perempuan Maut Ditinggalkan Berjam-Jam

64
SHARES

Seorang kanak-kanak perempuan warganegara Iran, berusia 4 tahun meninggal dunia selepas ibu bapanya meninggalkan dia di dalam kereta selama berjam-jam sewaktu menghadiri upacara pengebumian, lapor Arab News kelmarin.

Baca juga: Bayi 7 Bulan Tertelan Jarum Sepanjang 5cm & Tertusuk Usus

BUDAK PEREMPUAN MAUT DITINGGALKAN BERJAM-JAM

Gambar hiasan: Arab News

Kanak-kanak yang bernama Sadia itu, berkunjung ke Ramhormoz bersama keluarganya di sebuah bandar di timur Iran ketika suhu mencecah 49 darjah Celsius.

Ibu bapanya didakwa meninggalkan kanak-kanak itu di dalam kereta buat sementara waktu kerana tidak mahu mengejutkan Sadia yang sedang tidur lena.

Media tempatan melaporkan, pasangan terbabit ‘terlupa’ mengenai anak mereka kerana leka dengan acara pengebumian tersebut.

Pakar Forensik, Doktor Gholamreza Haidarnejad memberitahu, Sadia meninggal dunia akibat strok haba dan sesak nafas. Sehubungan dengan itu, polis akan menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan.

Sumber: Arab News

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×