Famili

Bayi 7 Bulan Tertelan Jarum Sepanjang 5cm & Tertusuk Usus

231
SHARES

Pasukan perubatan di Hospital Bersalin dan Kanak-Kanak Makkah, berjaya menyelamatkan nyawa seorang bayi warganegara Amerika berusia 7 bulan yang tertelan jarum sepanjang 5.5 sentimeter (cm).

Difahamkan bayi itu bersama keluarganya, tiba dari Amerika Syarikat untuk menunaikan umrah.

Baca juga: Terputus Bekalan Elektrik Ketika Pembedahan, Bayi Baru Lahir Hampir Terputus Telinga

BAYI 7 BULAN TERTELAN JARUM SEPANJANG 5.5CM & TERTUSUK USUS

Gambar: Arab News.

Memetik Arab News, dia berada dalam keadaan kritikal ketika tiba di jabatan kecemasan hospital berikutan jarum berkenaan tertusuk usus dan menyebabkan lubang kecederaan.

Pasukan perubatan mengeluarkan jarum tanpa menjalani pembedahan, walaupun kesukaran yang ditimbulkan atas faktor usia bayi dan saiz jarum.

Pembedahan berjaya dilakukan dan bayi dibenarkan meninggalkan hospital dalam keadaan sihat.

Ketua pasukan perubatan, Doktor Abdullah Al-Shanbary berkata, selepas pembedahan bayi perempuan itu ditahan dalam keadaan perlu berpuasa selama empat hari dengan menjalani pemeriksaan dan imbasan sinar X.

Gambar: Kakitangan perubatan Saudi menyelamatkan bayi perempuan, selepas tertelan jarum panjang di Makkah – Arab News.

Katanya, ekoran prosedur pembedahan berjaya dilakukan, X-ray menunjukkan bahawa luka dalaman bayi itu telah sembuh.

Dalam masa yang sama, Pengarah Eksekutif hospital itu, Doktor Hilal Al-Maliki memuji pencapaian pasukan perubatan dan menekankan bahawa hospital itu dilengkapi dengan peralatan terkini dan sentiasa bersedia untuk mengendalikan kes kritikal.

Sumber: Arab News

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×