Asuh

Terlampau Ketagih Dengan Gajet, Ini Tanda-Tanda Anak Anda Dah ‘Buta Persekitaran’!

71
SHARES

“Mama, nak handphone! Nak tengok kartun!”

Pergi mana pun nak kena bawa gajet. Sampai kadang-kadang tu sambil makan pun nak kena ada gajet supaya anak-anak habiskan makanan. Ibubapa jangan terlampau menurut permintaan anak kalau anda tak mahu mereka mengalami ‘buta persekitaran’ semasa mereka membesar. Sampai tak kenal dunia luar langsung!

“BUTA PERSEKITARAN”

“Kita kena beri anak gadget dari bayi supaya dia tak ketinggalan zaman” 

http://www.pakmag.com.au/

Sebenarnya ramai mak ayah yang berpendapat begini, takut anak ketinggalan peredaran zaman jika tak diberi gadget sejak bayi. Ada juga yang takut anak tak “up to date” dengan gadget terkini susulan kerja sekolah di sekolah rendah pun dah ada menggunakan komputer. Jangan risau mak ayah.

Zaman kita dulu pun tak ada gadget, komputer sendiri pun tak ada, alhamdulillah bila cukup masanya ok sahaja tak ada masalah untuk guna bila skil dah ada. Betul tak? Otak anak, bila dikembangkan dengan baik dan dirangsang dengan baik. Nak belajar apa pun mudah, percayalah.

Jangan terlalu risau anak ketinggalan zaman bila tak beri atau tak ada gadget di awal usia tapi risaulah anak ketinggalan perkembangan. Saya nasihat macam ini sebab saya dah jumpa banyak sangat kes kelewatan perkembangan disebabkan pendedahan gadget terlalu awal. Dan pendapat diatas adalah antara yang paling popular penyebab mak ayah beri gadget sendiri kepada anak. Antara kes popular:

UMUR BARU 2 BULAN DAH ADA GAJET SENDIRI?

www.pinterest.com

1. Ada yang sejak bayi 2 bulan sudah diberi tab sendiri, purata 8 jam sehari dengan gadget.

2. Ada juga yang tak ada pendedahan gadget langsung tetapi TV pula yang terlalu kerap, anak pula jenis “pandai” tengok TV sejak umur 3 bulan. Bila buka TV terus duduk tercongok di depan TV, tak ada interaksi, tak ada pergerakan dan tak ada memanjat sana sini. Bila umur 1 tahun, anak mula tak menyahut bila panggil baru mak ayah risau dan kurangkan TV.

3. Ada juga yang hanya sekejap-sekejap, 15 minit, 15 minit sekali tengok, tetapi bila di tambah-tambah menjadikan purata 4 jam sehari dengan gadget menyebabkan anak dah tersalah konsep percakapan, abc,123, nursery ryhme hafal tetapi cakap “nak susu” tak reti walaupun sehari 8 kali minum susu.

http://parentpalace.com/

Nampakkan? Yang peliknya, anak-anak terlewat perkembangan ini pandai “slide” handphone, pandai klik youtube dan buka channel kegemarannya malah ada yang pandai menyanyi dengan gadget atau TV. Mereka seperi dunia mereka sendiri tetapi bila masuk ke dunia sebenar mereka buntu.

TANDA-TANDA ANAK SUDAH ‘BUTA PERSEKITARAN’

1. Tak sedar siapa yang panggil.
2. Tak sedar hujan diluar.
3. Tak sedar mak ayah balik rumah.
4. Tak sedar ada kawan sebaya di sebelah meja makan.
5. Tak sedar sepupu-sepupu tengah main kejar-kejar.
6. Tak sedar ada bau durian di dapur.
7. Tak sedar rasa makanan manis masam masin.
8. Tak sedar suhu persekitaran sejuk atau panas.
9. Tak sedar ada lori, kereta, burung berterbangan di luar.

www.telegraph.co.uk

Tanda-tanda di atas inilah antara tanda-tanda yang saya namakan sebagai “buta persekitaran” iaitu tak sedar apa jadi di persekitaran mereka.  (Kecuali kes-kes lain tertentu seperti Autisme, ADHD dll) Kalau anak-anak anda ada tanda-tanda ini di usia 1 tahun keatas dan ada pendedahan gadget atau TV terlalu lama, mohon mak ayah ambil tindakan awal sebelum isu lain timbul.

Tak ada gunanya kalau pandai “slide” handphone, pandai klik klik youtube, main game dalam handphone, tahu A-Z tentang teknologi terkini tapi bila tiba menulis cepat penat, bila tiba waktu makan minta mak suap sebab masih bersepah, bila tiba pakai baju berbutang kena minta orang lain butangkan, bila minta tolong ambilkan barang banyak alasan dan sebagainya.

Sebab apa? Asyik merangsang pergerakan jari telunjuk sahaja sehingga skil sebenar yang anak perlu belajar terabai.  Sebenarnya banyak sangat skil yang perlu anak belajar semasa bawah 3 tahun sebelum “skil main gadget”.

www.engadget.com

1. Skil motor halus.
2. Skil motor kasar.
3. Skil bahasa.
4. Skil sosial.
5. Skil urus diri.

Untuk merangsang skil-skil di atas, yang paling penting adalah anak WAJIB “Celik Persekitaran” kerana anak bawah 2 tahun belajar melalui sistem deria. Sistem deria pula dirangsang dengan persekitaran. Latih, latih dan latih skil penting anak. Pastikan anak cukup umur baru beri “main gadget” atau TV. Itupun ada hadnya mengikut umur mengikut AAP (American Academy of Pediatrics):

Anak bawah 18 bulan:

1. ZERO ?

2. Anak 18 bulan – 2 tahun: 30 minit SEHARI bukan sekali tengok ya, dan hanya rancangan berilmiah BERSAMA ibu bapa.

3. Anak 2 tahun – 5 tahun: 1 jam SEHARI dan hanya rancangan berilmiah.

*Diharapkan supaya ibubapa jangan terlampau memanjakan anak dengan gajet supaya mereka dapat membesar menjadi seorang yang tidak anti-sosial. Barulah boleh berkawan dengan ramai orang!

Sumber : Maryam Jamadi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×