Kini Trending

[TERKINI] Tiada Lagi Pemeriksaan Suhu Badan & Buku Rekod Mendaftar Mulai Jumaat Ini

5
SHARES

Bermula 11 Februari ini tiada lagi pemeriksaan suhu badan dan buku rekod mendaftar masuk di premis, lapor Berita Harian. Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengumumkan hal itu berdasarkan keputusan Mesyuarat Ke-12 Menteri Kuartet Covid-19, yang diadakan semalam.

Baca juga: [TERKINI] Rakyat Ada Kuasa Pilih Vaksin & Sebelum 1 Mac Perlu Ambil Dos Penggalak, Jika Tidak…

[TERKINI] TIADA LAGI PEMERIKSAAN SUHU BADAN & BUKU REKOD MENDAFTAR MULAI JUMAAT INI

“Dengan pemansuhan ini, pemilik premis tidak lagi diwajibkan menyediakan alat pengimbas suhu dan buku rekod di pintu masuk premis masing-masing. Namun, pendaftaran masuk menggunakan aplikasi MySejahtera masih diwajibkan seperti biasa.

“Bagaimanapun, sekiranya pemilik premis masih ingin meneruskan pelaksanaan SOP pemeriksaan suhu dan buku rekod, kerajaan amat mengalu-alukan dan menggalakkannya,” katanya pada sidang media di Wisma Pertahanan, di sini, semalam.

Beliau berkata, pemansuhan prosedur operasi standard (SOP) itu dibuat selepas mengambil kira pandangan daripada Kementerian Kesihatan (KKM).

Memetik laporan Berita Harian, Hishammuddin menyatakan pemansuhan berkenaan perlu dilakukan bagi memastikan negara bergerak ke hadapan. Menjawab, selepas ditanya mengenai individu terutamanya warga emas yang tidak memiliki telefon pintar untuk mendaftar masuk ke premis menggunakan aplikasi MySejahtera.

“Kalau kita baca buku rekod, macam-macam contengan ada, ini tidak menggambarkan keadaan sebenarnya. Jadi untuk bergerak ke hadapan lebih balik kita tumpukan tujuh tonggak seperti disebut sebelum ini.

“Kalau kita masih dalam takuk dahulu, pada masa sama kita lihat ke hadapan dengan pendekatan baharu, akhirnya orang akan keliru.

“Jadi suhu badan dan buku itu tidak menjadi pertimbangan kita lagi,” katanya.

VIDEO PENUH:

Sumber: Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×