Kini Trending

[TERKINI] Mangsa Banjir Terima Bantuan Inisiatif Hari Ini !

2
SHARES

Kini mangsa-mangsa banjir dapat menarik nafas lega setelah Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yakkob mengumumkan pembayaran inisiatif akan diberikan bermula hari ini, pada sidang media di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera, semalam.

Beliau berkata, Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) akan menyalurkan wang itu kepada Pejabat Daerah dan Tanah sebelum diserahkan kepada mangsa banjir yang terjejas.

Baca juga: Tidak Boleh Bergantung Tabung KWSP Setiap Kali Bencana

MANGSA BANJIR TERIMA BANTUAN INISIATIF

Menurut laporan BH Online, bayaran itu merangkumi sumbangan pembelian barangan keperluan berjumlah RM2,500, diskaun baik pulih kenderaan, rebat pembelian barangan elektrik RM500 dan bantuan baik pulih rumah antara RM5,000 hingga RM15,000 bagi kerosakan akibat bencana berkenaan.

Ismail Sabri mengulas lanjut, pemberian inisiatif ini akan diberikan secepat mungkin tanpa melalui karenah birokrasi yang membebankan mangsa.

“Saya mahu pembayaran ini disegerakan dan jangan disulitkan…jangan ada macam-macam borang yang perlu diisi kerana senarai (mangsa banjir) sudah ada, jadi tidak perlu borang

“Prinsip kita jangan ada kerenah birokrasi yang susah, sebaliknya mudahkan bantuan

“Terdapat tiga kaedah pembayaran iaitu pemberian secara terus dengan menghantar ke rumah, berkumpul di pusat orang ramai seperti dewan dan sebagainya atau dikreditkan terus ke akaun penerima. Kita serahkan kepada pihak daerah untuk berbincang dengan ICU JPM dalam urusan pembayaran.” katanya.

Tambah beliau, bagi bantuan baik pulih kenderaan pula, mangsa banjir tidak perlu bersusah payah keluar jauh mencari pusat servis kenderaan yang mungkin tidak terdapat di dalam kawasan mereka kerana pejabat daerah dan tanah telah diminta untuk menyenaraikan bengkel di kawasan terbabit.

Ucap beliau lagi, kerja pembaikan rumah rosak yang membabitkan baik pulih kontraktor dilantik, sudah mula dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka.

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri menegaskan, jika terdapat individu yan tidak disenaraikan sebagai mangsa banjir di tangan pihak pengurusan bantuan, mereka diminta merujuk kepada pejabat daerah yang juga dipertanggungjawabkan menyiasat jika terdapat unsur penipuan dalam permohonan bantuan.

“Pegawai daerah boleh menyemak dengan ketua kampung yang tahu dan ada senarai rumah siapa yang ditenggelami air atau siapa yang berpindah ke rumah saudara-mara. Jika di pusat pemindahan sementara (PPS) kita sudah ada senarai (mangsa banjir).

“Di kampung kita juga ada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan mereka juga boleh serahkan nama kepada pegawai daerah. Harap mereka dan ketua kampung akan membantu kerajaan mengenal pasti mangsa yang mengalami bencana ini untuk dibantu sebaiknya,” katanya.

Mengulas mengenai pembayaran Bantuan Wang Ihsan (BWI), Perdana Menteri berkata, proses pembayaran di seluruh negara hampir selesai dengan 42,901 Ketua Isi Rumah (KIR) daripada 45,475 atau 94.3 peratus yang berpindah ke PPS sudah menerima wang itu, manakala bagi yang tidak berpindah ke PPS, pembayaran melibatkan 8,631 (KIR) daripada 9,203 atau 93.8 peratus.

Sumber: BH Online

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×