Hebahan

[TERKINI] Hanya Pelajar Ambil Peperiksaan Sahaja Kembali Ke Sekolah Pada 20 Januari- KPM

255
SHARES

Ekoran peningkatan kes pandemik COVID-19 sejak kebelakangan ini, ramai dalam kalangan rakyat Malaysia sudah meluahkan rasa risau. Hal ini kerana, ada segelintir dalam masyarakat yang masih tidak patuh dengan SOP yang telah ditetapkan dan ada juga yang melanggar perintah kuarantin di rumah. Bukan itu sahaja, ada juga kes yang membabitkan pelajar sekolah seterusnya meningkatkan lagi kerisauan banyak pihak.

SESI PERSEKOLAHAN BERSEMUKA HANYA UNTUK PELAJAR PEPERIKSAAN

Dalam kenyataan terbaharu yang dikeluarkan oleh Menteri Pendidikan hari ini memaklumkan bahawa sesi persekolah yang sebelum ini bakal dijalankan secara bersemuka bermula 20 Januari akan melibatkan semua pelajar. Namun, ekoran penambahan kes Covid-19 yang mendadak, mereka memutuskan bahawa hanya pelajar yang terlibat dalam peperiksaan awam sahaja yang akan kembali ke sekolah secara bersemuka.

Manakala semua murid sekolah rendah dan sekolah menengah yang lain akan menjalani pembelajaran di rumah sahaja mengikut kaedah bersesuai guru dan murid bermula 20 Januari juga.

Dalam masa yang sama, semua tadika dan taska yang berdaftar dengan KPM dibenarkan beroperasi seperti biasa.

Sumber: Twitter @Radzi Jidin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×