Hebahan

Seramai 41 Calon SPM Sekolah Asrama Di Machang Positif Covid-19

2
SHARES

Nampaknya penularan wabak Covid-19 di dalam negara masih belum menunjukkan penurunan yang ketara. Walaupun kita berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan kali kedua, penularan wabak ini dilihat masih tinggi dan perkara ini merisaukan pelbagai pihak.

Ini juga termasuk para pelajar khususnya yang bakal menduduki peperiksaan SPM dan SVM pada 22 Februari ini.

41 CALON SPM POSITIF COVID

Terbaharu, seramai 41 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sebuah sekolah asrama di Machang disahkan positif Covid-19. Jumlah berkenaan menjadikan 88 kes keseluruhan positif Covid-19 di Kelantan semalam.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Datuk Dr Zaini Hussin berkata, kesemua pelajar terbabit dibawa ke pusat kuarantin di Dewan Jubli Perak dan Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) selepas disahkan positif.

Katanya, kes calon SPM berkenaan adalah kontak kepada Kluster Pangkal Changgong yang membabitkan tiga daerah iaitu Machang, Tanah Merah dan Pasir Puteh. Menurut laporan Harian Metro, pihak mereka masih mengesan kontak rapat mereka yang positif bagi mengelak wabak berkenaan merebak.

Kluster Pangkal Changgong adalah kluster membabitkan sebuah pusat pengajian di Pangkal Changgong dan tiga daerah terkesan dengan kluster itu setakat ini.

Kes daripada kluster berkenaan mula dikesan pada 10 Februari lalu hasil saringan individu bergejala membabitkan seorang pelajar perempuan.

Sehingga kini, kluster berkenaan sudah merekodkan 56 kes positif Covid-19.

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×