Pegawai Unit Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Perak, Asisten Superintendan Mohamad Mahathir Abdullah Sapawi berkata, wanita kesunyian berusia 40 tahun ke atas lebih cenderung untuk melayan individu tidak dikenali menjadi faktor utama terjerat ‘love scam’.
Scammer memilih mangsa golongan wanita berusia 40 tahun ke atas kerana rata-ratanya mempunyai wang yang banyak.
Baca juga: Kes Kematian Makan Keropok Beracun, Pekebun Dedah Ibu Ayah Memang Abaikan Anak
WANITA KESUNYIAN 40 TAHUN SELALU TERJEBAK LOVE SCAM
Lebih mengejutkan apabila wanita yang menjadi mangsa love scam adalah daripada golongan profesional seperti doktor, pensyarah dan lain-lain.
Menurut beliau, mangsa akan berkenalan dengan suspek melalui media sosial dan penipu itu menyamar sebagai juruterbang, peniaga, tentera atau jurutera minyak dan gas.
Suspek akan mula menggunakan ayat-ayat manis sehingga membuatkan mangsa jatuh cinta dalam masa tiga bulan. Sesetengah kes, hanya sebulan sahaja diperlukan untuk memperdayakan mangsa.
“Suspek kemudian memperdaya mangsa dengan alasan seperti mahu memberi hadiah, pelaburan perniagaan, wasiat dan bayaran bil hospital,” jelasnya.
Beliau berkata, pihak polis tidak memberi jaminan untuk mendapatkan semula wang mangsa kerana identiti suspek sukar dikenal pasti.
Akaun bank yang digunakan juga adalah milik keldai akaun. Keldai akaun akan disoal siasat namun identiti scammer tidak dapat dikenal pasti kerana mereka (keldai akaun) juga menjadi mangsa (scammer).
Dinasihatkan agar golongan wanita lebih berhati-hati dan jangan terpedaya dengan love scam ini. Elakkan berhubungan di media sosial sahaja kerana itu adalah taktik scammer.
Baca juga: Perempuan Kalau Nak Cantik Luar & Dalam Kena Dengar 10 Nasihat Ini. Jangan Toksik!
Sumber: Kosmo