Dapur

‘Terbang’ Ke Indonesia Dengan 5 Jenis Masakan Dari Negara Seberang Ini, Memang Enak!

14
SHARES

“Setiap hari asyik makan lauk sama saja, nak cuba juga lauk ala-ala masakan Indonesia. Tapi..nak makan apa eh?”

Kalau bosan asyik makan makanan yang sama dan tak ada kepelbagaian, ini kami senaraikan 5 masakan dari negara seberang, Indonesia dan resipinya sekali. Memang kalau anda makan makanan ini, tak sah kalau tak tambah berpinggan-pinggan! Jom kita tengok apa yang menarik.

1.MIHUN BAKSO

http://myresipi.com/

Kalau cuaca tengah sejuk, makan sup bakso panas-panas memang sedap kan? Namun, tak ramai orang yang boleh masak bakso persis apa yang anda pernah makan di Indonesia. Bukan sekadar sup dan bebola daging atau ayam sahaja, bakso juga boleh dimakan bersama mihun, mee atau koeyteow untuk memastikan perut anda kenyang. Tambah pula dengan cili, lagi bertambah sedap!

Resipi mihun bakso : http://myresipi.com/recipes/mihun-bakso

2. Daging rendang palembang

http://myresipi.com/

Bukan sahaja di Malaysia, malah daging rendang juga menjadi salah satu menu terkenal di negera seberang. Daging rendang palembang juga agak sukar untuk dimasak bagi mendapatkan tekstur yang pekat dan berempah. Jadi, apa kata anda ikut resipi ini supaya dapat masakan daging rendang palembang seperti anda inginkan.

Resipi daging rendang palembang : http://myresipi.com/recipes/daging-rendang-palembang

3. Sambal goreng jawa

http://myresipi.com/

Haa, menu ini juga menjadi kegemaran ramai orang tidak kira dari Malaysia atau Indonesia. Tambah pula bagi anda yang bujang tu, masakan ini sangat mudah untuk dimasak dan sesuai untuk dimakan tak kira masa. Bukan sahaja kentang, malah anda juga boleh pelbagaikan rencahnya mengikut citarasa anda sendiri ya!

Resipi sambal goreng jawa : http://myresipi.com/recipes/sambal-goreng-jawa

4. Rendang padang

http://myresipi.com

Selain rendang palembang, rendang padang juga menjadi antara menu yang membuatkan sesiapa sahaja terliur. Berbeza sedikit dari segi warna dan rasa, rendang padang ini menggunakan daun limau purut sebagai penambah rasa dan bau. Memang sedap kalau dimakan bersama nasi panas dan juga sesuai untuk dijadikan menu kenduri.

Resipi rendang padang : http://myresipi.com/recipes/rendang-padang

5. Sup tauhu

http://myresipi.com/

Mungkin kedengaran biasa sahaja tetapi menu ini juga amat digemari oleh orang-orang Indonesia. Kenyang, mudah dan sedap antara kriteria kenapa sup tauhu sering menjadi pilihan untuk dimakan. Bukan sahaja untuk orang dewasa, kanak-kanak pun sangat sesuai makan sup tauhu ni tau.

Resipi sup tauhu : http://myresipi.com/recipes/sup-tauhu

*Boleh la cuba nanti!

Sumber: Myresipi.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×