Percutian

Bawa 3 Anak Travel 12 Hari Ke Cambodia & Thailand. Pergi Naik Flight, Balik Naik Train

1K
SHARES

Ada banyak tempat menarik dan unik yang boleh dilawati di Tanah besar Asia Tenggara (atau Semenanjung Indochina).

Dari Malaysia, kita boleh terus ke negara jiran ini menerusi jalan darat mahupun jalan udara.

Uniknya, perjalanan Rozani Heng ini bermula dengan penerbangan dari Kuala Lumpur dan menelusuri jalan darat hingga balik semula ke Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Tambah menarik, pengembaraan selama 12 hari ini diserikan lagi bersama 3 anak-anak.

Jom kita ikuti catatan perjalanan beliau di bawah ini.

Pengalaman Travel 12 Hari Dengan 3 Anak Ke Cambodia & Thailand

Mungkin ada yang perasan sebelum ini saya banyak kongsikan kisah travel secara solo atau bersama kawan kawan. Tapi agak berbeza untuk trip ini sebab saya travel bersama 3 orang anak saya yang berumur 5,10 dan 11 tahun.

Niat asal saya nak cover 4 negara, dari Cambodia-Vietnam-Laos -Thailand. Tapi tak cukup masa sebab anak-anak dah nak mula sekolah 2/1/2020. maka hanya ini yang sempat.

SIEM RIEP-KANCHABURI -LOPBURI -BANGKOK-HATYAI- PENANG
21/12/2019-1/1/2020

Trip saya taklah packed mana, sebab nak bagi anak-anak enjoy.

Jadi untuk trip ini saya banyak bersedia dari segi mental dan fizikal.

Bila travel bersama anak-anak ni, sedikit sebanyak temperature akan naik tiba-tiba. Biasalah kan, bila ada yang tak dengar kata atau pun bergaduh sesama sendiri, masa tu jugak boleh bertukar menjadi singa. Hahaha!

Apapun, sepanjang trip ni alhamdulillah anak-anak banyak menjaga kelakuan , mungkin sebab dah besar-besar.

Persiapan

Persiapan yang perlu dititik beratkan

Travel insurance ( insuran melancong)

Sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini seperti kehilangan , kemalangan atau jatuh sakit . Saya mendapatkan insuran dari pihak Ola Roadtax. Iaitu insurance etiqa takaful, yang menawarkan manfaat ‘ cashless’ sekiranya dimasukkan hospital di luar negara tidak perlu mendahului duit dan kemudian “claim”.

Ubat- ubatan

Ubat ubatan asas seperti demam, batuk, selsema dan ubat tahan sakit dll

Makanan

Makanan sampingan seperti biskut , bijirin dan roti serta lain lain lagi

Wang Tunai / Kad Bank

Duit ringgit / aktifkan kad untuk pengeluaran antarabangsa ( sesak-sesak boleh keluarkan).

Tiket Penerbangan

Flight ticket saya beli agak lewat, seminggu sebelum fly.

RM 1162.37 untuk one way
4pax + 20kg luggage

Itinerari

Day 1: Penang – Kuala Lumpur  (KLIA2)

– Tiket bus online beli dari EasyBook Apps
– Harga tiket RM55x4 =Rm220 (Harga sama walaupun budak)
Check-in Tune Hotel klia2 (Rm271.70)

Day 2: KUL-REP (Siem Riep)

– Tiba di airport Siem Reap jam 7:50am local time (waktu di Siem Reap -1 jam waktu di Malaysia)
– Saya check-in di Oops Hostel area Pub Street (Rm133.12)
Rest & lunch
– Cambodia Culture Village ($12×3 =$36) Rm148
Dinner & rest

Day 3: SIEM RIEP

– Bangun seawal 5:30am bergerak ke Angkor wat untuk sunrise
– 1-day Angkor wat entrance fees $37 (Rm152)
– Untuk kanak kanak 12 tahun ke bawah tidak dikenakan entrance fees, jadi agak berjimat untuk ini.
Lunch
– Sambung lagi untuk Angkor thom, Ta Prohm
– Jalan-jalan di Pub street
– Balik ke hostel
– Kos pengangkutan $30=Rm122

Jumlah perbelanjaan: RM152+122=RM274

Day 4: SIEM RIEP-BANGKOK

– Tiket bas beli online di www.hangtephostel.com

– Harga tiket $16/pax =$64 =Rm262
– Tiket yang pling murah, Gaintiblis 32$/pax
– Bas pickup dari hotel terus ke Bangkok
– Sim card 140baht (Rm19)
– Kami cross border Cambodia / Thailand  melalui Krong Poi Pet
Check-in Scala Hostel Bangkok (RM144.66)
Dinner & rest

Jumlah perbelanjaan: RM262 +Rm19 = RM281

 

Day 5 – MAEKLONG/ DAMNOEN SADUAK FLOATING MARKET

– Sewa kereta 700 baht (RM95.10) return
– Melawat Damnoen Saduak Floating Market, oleh sebab anak-anak nak sangat naik boat maka ibu pun kena turutkan. Sekali-sekala untuk 1 jam 1500baht. (RM204)
– Kat floating market ni kena pandai tawar-menawar sedikit. Harga untuk tiket yang di bawah kerajaan katanya. Ada yang akan tunjuk harga dari 2500-5000baht. Tapi bagi yang nak jimat, tak naik pun tak apa.
– dari floating market terus gerak ke Maeklong Railway. (Pasar terkenal yang ada di tengah-tengah laluan keretapi)
– Arrival time 8:30am-11.10am-2:30pm dan 5:30pm
– Departure time 6:20am-9.00am- 11:30am dan 3:30pm
– Jika anda tidak datang pada jam di atas, anda mungkin tidak berpeluang melihat keretapi di market
– Gerak balik ke Bangkok
Dinner & rest

Jumlah perbelanjaan: RM95.10+RM204=RM299.10

DAY 6: BANGKOK ( THONBURI)-KANCHANABURI

– Untuk ke Kanchanaburi perlu menaiki keretapi dari Stesen Thonburi.
– Harga tiket tak kira umur 5tahun atau apa tetap kena bayar harga dewasa. Jadi bergantung pada staff tiket juga. Saya bayar 100baht x 3 =300baht =RM40.80
– Hanya ada 2 waktu train ke Kanchanaburi pada pukul 7:00am dan 1:55ptg sahaja dan perjalanan memakan masa selama 4-5 jam,
– Saya menaiki train pukul 1:55pm dan tiba di Kanchanaburi dalam pukul 5:00pm disebabkan sedikit kelewatan.
– Ambik tuk-tuk 80baht (RM10.80) ke penginapan
– Menginap di Sky Resort Kanchanaburi booking sehari sebelum sampai (RM186.22)
– Sewa motor untuk 2 hari 400baht + minyak (Rm63.90) deposit 1000baht kalau tinggal passport tak payah deposit
– Bergerak ke Death Railway Kanchanaburi dan lepas bergambar gerak balik hotel
Free n easy – layan anak-anak nak mandi pool

Jumlah perbelanjaan: RM40.80+RM10.80 +RM63.90=Rm115.50

DAY 7: SAFARI KANCHANABURI

– Memang wishlist nak bawa anak-anak ke safari ni sebab ianya berbeza dengan safari lain
– Tiket untuk kanak kanak di bawah ketinggian 130cm dikira harga dewasa
550x 3 =1650baht + 350 baht = 2000 baht + 100baht (carrot) = RM285.60
– Untuk kanak-kanak ianya adalah sesuatu yang baru untuk dicuba.
– Setelah dibayar akan menaiki bas masuk di kawasan Safari Park
– Terdapat banyak haiwan seperti rusa, harimau bintang, gajah, buaya, zirafah dll.
– Bergambar dengan zirafah. Bus akan berhenti di satu lagi station untuk  tengok persembahan gajah dan juga buaya
– Benyamin hampir memegang babi, katanya sangat comel, pinkish je kulit babi tersebut.
– Gerak ke Thamkrasae, 40 minit juga perjalanan dari safari.
Tapi baru je nak gerak ke erawan waterfall, Ellysha menangis katanya sakit perut, nak balik hotel.

Saya pun gerak balik. Sebenarnya masa di sini agak heaven untuk diorang sebab saya sengaja book hotel yang ada swimming pool sebagai reward. Lagipun sepanjang trip banyak stay hostel dorm. Sekali sampai je hotel tiba-tiba sihat walafiat, hilang dah sakit semua. Rupanya akai nak mandi pool. Takpelah, layankan jer.

Jumlah perbelanjaan = RM285.60

Day 8: KANCHANABURI -THONBURI ( BANGKOK)

– Untuk train balik ke Bangkok saya ambil masa petang pukul 2:48pm
– Sebelum tu layankan lagi bebudak ni mandi pool lagi. Lepas check-out pergi makan
– Tiket train 100baht/3 =300 baht , (RM40.80)
– Sampai Thonburi Station terus ambik teksi
– 130baht (Rm17.80) ke hostel
– Checkin Inn Station Hostel ( RM212) actually 1500 baht je tapi bila bayar guna card dia cas 3% lagi ,
– Saya suka stay area ni sebab mudah makanan halal, senang anak-anak kalau lapar

Jumlah perbelanjaan: RM40.80+RM17.80=Rm58.60

DAY9 : BANGKOK-CHATUCAK MARKET

– Pukul 9 pagi dah keluar ,
– Breakfast + lunch sekali senang berjalan bila anak-anak dah kenyang
– Dari Hua Lampung naik metro ke Wat Arun. Harga tiket 20baht x3= 60 baht(Rm8.20) train pula 81baht=4pax (RM11)
– Dari Wat Arun terus ke Chatuchak Market. Dekat sini memang rambang mata, bukan saya je anak-anak pun sama
– Train ke Chatuchak lebih kurang sama, 81baht (Rm11) juga
– Kanak kanak 120cm kebawah harga murah sedikit, manakala 120cm keatas harga dewasa. Untuk Benyamin kena bayar harga dewasa sebab ketinggian dia melebihi had.
– Puas berjalan kami gerak balik hostel. Rupanya tambang balik berbeza dengan tambang pergi. Harganya kalau waktu pagi hingga 4pm harga separuh manakala 4pm ke atas harga asal tiket 42baht x4 =168baht (Rm22.90)

Jumlah perbelanjaan: RM22.90+Rm11+RM11=RM44.90

 

DAY10: LOPBURI

– Salah satu wishlist saya jugak ni sebab 2 tahun lepas datang sini, bunga dah tunduk layu. Tapi kali ni rezeki masih mekar.
– Niat di hati nak naik train pukul 7.00am kononnya time tu bunga masih segar.
Tapi masa jam bunyi terus redha takpe la bunga tak segar pun.
– Dalam 9.00am gerak ke kedai makan. Macam biasa, kena settle bab makan anaak-anak dahulu.
– Tambang untuk local train ke Lopburi ialah 28baht x 2 =56 baht, 17baht x 2 = 34baht. Jumlah: 90baht (Rm12.30x 2[return] =RM24.60
– 3 jam lebih perjalanan dari Bangkok ke Lopburi
– Teksi 500 baht =Rm68
– Entrance fees = 40baht (Rm5.40)
– Lepas bergambar gerak balik ke Bangkok
Dinner & rest

Jumlah perbelanjaan: RM24.60+Rm68+RM5.40=RM98.

DAY11: BANGKOK-HATYAI

– Tiket train beli online di www.thairailwayticket.com
– Harga tiket 3100baht (RM422)
– Lower bed 2, upper bed2
Sleeptrain ni 16 jam perjalanan dari Bangkok ke Hatyai.
– Oleh sebab beli tiket last minute, jadi banyak seat dah penuh. Kami tak dapat train direct dari Bangkok terus ke Padang Besar

Jumlah perbelanjaan : RM422

DAY12 : HATYAI- PADANG BESAR -BUKIT MERTAJAM

– Dari Hatyai Junction, terus pergi beli tiket train Hatyai – Padang Besar.
– Harga tiket 200baht = RM27.20
– Tempoh 1 jam perjalanan. Layan anak-anak main kad
– Sampai di Padang Besar, selesaikan urusan imigresen Thailand-Malaysia .
– Train ke Bukit Mertajam anggaran harga RM26.40
– Untuk Tiket KTM  jika tunjukkan kad pengenalan akan mendapat 20% diskaun.
– Tiba di Bukit Mertajam.
Rm27.20+Rm26.40 = Rm53.60

JUMLAH KESELURUHAN: RM 3248

*Tak termasuk Tiket penerbangan & Makan untuk 12H11M (4 PAX )

Penginapan: RM947.70
Pengangkutan & Tiket lawatan =RM2300

*Perkongsian asal oleh Rozani Heng

mom With 3 kiddos explore Indochina 🇰🇭 CAMBODIA& THAILAND 🇹🇭 SIEM RIEP-KANCHABURI -LOPBURI -BANGKOK-HATYAI-…

Posted by Rozanï HēNg on Thursday, January 9, 2020

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×